Pada suatu hari yang tenang, ...

"Sanji~! Kau tahu apa-apa lagu menarik tak?"

Oops, salah. Di sini, mana ada istilah tenang.

"Kau tanyalah orang lain. Aku sibuk ni. Nak masak untuk kau lagi," rungut si tukang masak itu. Nami memerhati mereka berdua dari jauh.

Zoro yang termenung di belakang kumpulan yang selalu membuat masalah tersenyum dengan tiba-tiba.

"Luffy, aku tahu satu lagu," dia ujar dengan senyuman nya yang jarang dilihat.

Robin dan Nami menumpukan perhatian kepada nya. Usai mendengar pujukan Luffy, akhirnya, Sanji mengalah. Dia duduk dalam bulatan di mana mereka semua berkumpul, termasuk Robin dan Nami.

"Yohoho~ Lagu bagaimana kah itu, Zoro-san?" tanya Brook, si Soul King.

Zoro melihat ke arah lain sambil cuba mengingati muzik dan lirik-lirik lagu itu. Dia kemudian mengangguk-angguk sebelum memanggil Sanji.

"Oi, tukang masak. Sini jap."

Sedang dua pemuda itu berbincang sesuatu, Luffy dan yang lain pun tercari-cari lagu selain Binks' Sake.

"Baik," Zoro dan Sanji mengangguk setuju. Zoro meminta izin dari Brook untuk meminjam gitar dan mengangguk ke arah Sanji.

Sanji mengangguk kembali sebelum bangun.

"Nami-swan~! Robin-chwan~! Ini lagu khas untuk kamu saudari berdua serta wanita-wanita lain di seluruh dunia~!" dia ujar sebelum kembali ke postur bediri.

Zoro mula memetik gitar. Luffy seolah-olah berasa gembira. Dia juga seakan-akan tahu akan lagu ini. Zoro dan Sanji tersengih-sengih sebelum memulakan lirik lagu yang dinantikan kru.

"Wahai wanita," Luffy menjerit seolah-olah terkena histerie, padahalnya, dia terlalu gembira mendengar kembali lagu yang amat popular ini. Semua orang terkejut akan teriakan si kapten itu. Zoro dan Sanji pun terhenti, berasa hairan.

Luffy terus melompat keseronokan. "Teruskan!"

Zoro tertawa besar sebelum kembali memetik gitar.

"Wahai wanita. Wanita yang berada di seluruh dunia...

Tak kira bangsa, umur atau rupa oh.. asalkan kau wanita

Kau buat ku gila, bila kau menggoda, bila kau mengada-ada, oh...

Lirikan matamu senyuman manisnya,

oh... Kau buat aku tergoda," muzik yang dihasilkan oleh Zoro mendapat pujian daripada Franky dan Brook.

"Muzik yang super, bro!" Hati Nami dan Robin cair mendengar muzik yang cantik dari Zoro dan suara merdu Sanji.

Apabila masuk korus, tiba-tiba terdengar bunyi orang seolah-olah bermain drum.

"Luffy?"

Luffy tersenyum sambil mengetuk dek dan alatan yang dijumpainya dengan mahirnya.

"O ohh... Wanita seluruh dunia, ku ingin kau tahu, hu wuu uhuu...

Yang aku cinta kamu semua wahai permaisuriku

Dan walaupun ku tak mampu membahagiakan diriku

Kepada wanita seluruh dunia

Lagu ini lagu cinta ku cipta untuk kamu semua...

Untuk kamu semua," Usopp, Chopper, Franky dan Brook bersorak dengan gila. Mereka umpamakan melihaat konsert muzik kerana telatah mereka memang lucu.

"Wahai wanita...

Apakah kau mengerti apa yang ku kata

Kamu semua adalah inspirasi ku bila ku berkarya

Ku tuliskan lagu hanyalah untuk mu

Untuk buat harimu ceria

Dan aku u tak kisah mana kau berada

Ku ingin kau dengar ku berkata," Sesudah tamat lagu Zoro dan Sanji itu, Nami serta yang lain bersorak dengan kuat.

"WOOO! HEBATT! ZORO! SANJI-KUN!"

"Saya?" Luffy tanya sebab dia pun ada main alat muzik sebentar tadi.

"Awak juga!"

Sanji tersenyum puas bersama Zoro.

"Lagu lain~!" jerit Chopper, ahli paling muda.

Awal-awal lagi, Zoro menyerah kembali gitar Brook kepada nya.

Malang sekali, si kapten mud itu sudah tidur.

Semua tersenyum kecil pada dia.


A/N: Karakter-karakter dalam cerita ini adalah hak milik orang yang tertentu.

Bla bla bla... Okay. Sila review~! ;D!