This is not going to get much reads, isn't it. I know it I know it because it's written in Bahasa Melayu. Indonesians, Singaporeans and Bruneians might understand it anyway. Please enjoy. I'll make an English version if I'm not lazy. (:
Nada I
Singapura – Kuala Lumpur
Manisnya dia.
Suaranya keibuan, biarpun menuturkan kata-kata separa menakutkan. Alun tubuhnya bagaikan satu rumpun lalang dan dandelion yang menari mengikut alun angin redup, dan bila dia muncul, pria berpedang tiga itu menjadi lemah. Kesan wanita sejarahwan itu terhadapnya begitu aneh. Sedetik wanita itu tersenyum di hadapannya, terasalah kupu-kupu berterbangan berkeliaran di dalam isinya. Lemah.
Dia Nico Robin, teman sekapalnya, nakamanya.
"Siapa lelaki tu?" Tanyanya, mata sedikit celik seakan tidak berapa peduli. Kedua tapak tangan mengalas kepalanya, dia menyandarkan diri pada kerusi besi berukir bunga yang letaknya di kaki lima sebuah kafe. Hanya secangkir minuman coklat sejuk menemaninya di atas meja. Dia tidak begitu menginginkan alkohol di tengah hari buta ini.
"Dia?" Nico Robin melabuhkan punggungnya di atas kerusi kosong bertentangan dengan si Roronoa Zoro. "Sesiapa. Dia cuma tolong aku bawa barang tadi."
Zoro mendengus, berpura-pura tidak peduli. Kenapa harus Nico Robin yang datang? Di mana nakamanya yang lain? Dipaksanya diri untuk merasa jengkel kepada Robin. Mentang-mentang rupa parasnya menawan, bisa sahaja memetik kumbang sembarangan di pulau musim bunga New World untuk membawa barangnya. Bagaimana jika lelaki itu seorang Marin? Ataupun jejaka jalanan yang mahu mengambil kesempatan sahaja?
Robin menongkat dagunya, tersenyum kepada jejaka itu. "Kenapa?" Tanyanya.
Jari-jemari tebal Zoro menyisir rambut lembut Robin, seakan membelai air terjun. Begitu tertarik dia akan wanita itu. Begitu dia ingin membelai rambutnya terus. Lirikan matanya beralih, mengelak pandangan Robin. Hanya mahkota wanita itu yang menjadi titik fokusnya. "Robin. Nyata gagalnya citarasa kau."
Tertawa Robin. "Habis? Aku cuma teringatkan kau sepanjang hari."
Pipi Zoro hangat, bertinta merah. Namun tidak dipedulikannya. "Apa saja di duina, semua boleh jadi milik kau, kan." Tapi sayang, kau bukan untukku.