The Luminous Moonlight

By : XicSousuke

Disclaimer : Masashi Kishimoto

Main Characters : (Naruto x Sakura) & (Sasuke x Hinata)

CHAPTER 1 : UZUMAKI NARUTO

Darkness is the absence of light. Darkness cannot exist with light. It only come when everything else has gone. When you have nothing, darkness is everything.


Setiap hari, setiap malam. Roh-roh yang sesat akan berkeliaran. Apabila roh ini tinggal di alam manusia terlalu lama, mereka menjadi roh jahat. Merasuki tubuh manusia untuk dijadikan tubuh pengantara. Membimbing manusia yang bernafsukan syaitan untuk berperangai seperti mereka. Agar kelak, manusia berhati busuk ini menemani mereka di alam barzakh . Menjadi kayu arang mengelegakkan api neraka. Mereka adalah roh 'Rogon'.


Sekolah Menengah Konoha

"Baiklah, perkenalkan nama kamu pelajar baru," pelawa cikgu lelaki itu.

Gadis itu mengangguk kecil sebelum memutarkan badan ke arah kelas. Dia sedikit gementar. Sakura menarik nafas panjang, kemudian mula membuka mulut, "Saya Haruno Sakura pelajar baru sekolah ini. Saya berasal dari bandar sebelah, oleh itu saya mohon tunjuk ajar dan salam perkenalan kepada semua," kata Sakura kemudian bongkok tanda hormat.

Suasana kelas 5B yang sunyi sepi bertukar menjadi riuh. Masing-masing mengucap 'selamat datang' dan tersenyum kepada Sakura.

'Hm...nampaknya, pindah sekolah bukan satu hal yang remeh,' bisik Sakura riang.

Sakura mengukir satu senyuman. Dia lega gelagat kelas 5B nampak gembira dan akrab menerima kehadiran dia. Mungkin dia dapat graduasi dengan tenang di sekolah ini.

"Terima kasih miss Haruno. Baiklah, kamu boleh duduk di tempat yang kosong di kelas ini," kata guru kelas 5B lagi.

Sakura mengucap terima kasih. Dia teragak-agak apabila menuju ke meja belajar. Satu persatu meja ahli kelas 5B dilaluinya. Sampai ke barisan paling belakang, dia melihat dua meja kosong. Sakura kembali menoleh di meja hadapan. Rata-rata semua meja sudah dipenuhi kecuali meja ini. Sakura terus menarik kerusi itu dan meletakkan beg sekolah. Sakura duduk sambil mengeluh. Sebenarnya dia lagi memilih meja belajar berdekatan dengan guru. Dia yakin kawasan itu lagi senang dapat beri tumpuan. Tapi ini pun sudah memadai. Inilah nasib jika pindah sekolah dipertengahan tahun.

Kakashi Sensei menyuruh mereka membuka buku, tiba-tiba seorang pelajar lelaki mula menyampuk.

"Kakashi Sensei, hari ini Naruto tak datang kelas," kata pelajar tersebut.

Fokus ahli kelas 5B segera tertumpu pada pelajar lelaki itu. Sakura yang tidak mahu ketinggalan, turut melakukan hal yang sama. Pelajar berambut coklat itu memasang wajah kelat. Mereka berbisik sesama sendiri. Ekspresi wajah mereka berubah saat mendengar nama Naruto. Sakura yang memang tidak tahu menahu hanya diam mendengar.

"Cis, dia escape lagi ke hari ini?...dasar budak bertuah," kata Kakashi Sensei guru lelaki yang dinamakan Kakashi sensei itu.

Pelajar lelaki yang melaporkan ketidak hadiran Naruto menjungkit bahu. "Entahlah sensei, padahal tadi masa pertama dia ada saja di dalam kelas," sambungnya.

Kakashi mendecik, dia mengusap tengkuk, 'Dia memang sengaja tak masuk kelas aku,'.

"Hm, tak mengapa. Nanti kalau dia masuk kelas semula, suruh dia jumpa sensei," kata Kakashi. Dia sudah malas mendengar nama pelajar bermasalah itu. Acap kali kelas Physics, pelajar itu pasti tidak hadir ke kelasnya.

Kakashi menuju ke papan putih kelas. Dia mengeluarkan pen marker berwarna hitam. Dia kemudian mengarah semua pelajar membuka buku Physics. "Baik student, sambung bab kita sebelum ini."

Ahli kelas 5B terus mengeluarkan sebuah buku tebal berwarna kuning hijau dan bersedia untuk belajar. Sakura melihat, ahli kelasnya sudah sibuk menyalin nota. Dia terkial-kial membelek buku Physic. Dia tidak memahami bab yang diterangkan oleh Kakashi Sensei. Di sekolah Suna dulu mereka masih di bab 4, iaitu mengenai 'elektromagtisem'. Tapi di kelas 5B, Kakashi sensei asyik menerangkan perihal elektron dan atom. Cepat-cepat Sakura mencari subtopik tersebut. Hatinya risau ketinggalan mata pelajaran. Sibuk dia menelaah buku Physic, sekeping kertas diletakkan pada mejanya.

'Bab 7 : Atom'

Sakura mengambil kertas kecil dan menoleh ke sebelah kanan. Seorang pelajar perempuan berambut blonde tersenyum kecil padanya. Pelajar perempuan itu menunjukkan lagi muka surat sepatutnya yang Sakura baca. "Muka surat 69," katanya.

"Nama dia Naruto Uzumaki dan itu tajuk bab Physic kita sekarang," sambung Ino.

Sakura terkebil-kebil memandang pelajar perempuan itu. "Oh, terima kasih...tapi huh? Siapa Naruto Uzumaki?" soal Sakura berkerut. Apa kaitan dia dengan 'Naruto Uzumaki'? Peliklah.

Pelajar perempuan itu menunding jari lagi. Lagi tepat di meja kosong bersebelahan Sakura. "Pelajar lelaki yang duduk di sebelah awak lah," terangnya, "By the way, saya Yamanaka Ino, you can call me 'beauty Ino'," ujarnya kemudian menghulurkan tangan.

Sakura mengangguk kecil, lantas menyambut tangan Ino, "Ah...ya, saya Sakura Haruno," balas Sakura pendek. Otak Sakura ligat berfikir seribu pertanyaan. Siapa Naruto? Dia tu orang kenamaan ke? Sakura sudah terbayang seorang pelajar lelaki dengan baju sekolah diperbuat dari emas dan permata.

Ino memerhati raut wajah Sakura, dia tergelak kecil. "Awak mesti hairan kan kenapa saya sebut nama Naruto?" soal Ino melihat perubahan wajah Sakura.

"E..erk, manada! Lagipun saya tak faham apa yang awak maksudkan," balas Sakura. Dia cepat-cepat melihat ke hadapan, kononnya mahu menumpu perhatian.

"Hmm, jangan tipu...dahi awak berkerut sedalam 3 inci tadi masa saya sebut nama 'Naruto' tadi," ujar Ino terkekek.

Sakura mendengus, 'Adoi..stop la sebut nama lelaki tu. Aku tak nak kenal pun! Ini my first day aku pindah sekolah dan masuk kelas, tak akanlah tiba-tiba aku sibuk nak tahu nama pelajar bermasalah tu,' bisik hati Sakura panas.

Ino mencuit lengannya, "Sakura-san, awak lucu tahu?" Ino tersenyum sebelum Sakura menjeling mata ke arahnya.

"Miss Yamanaka, sebenarnya apa awak nak beritahu saya? Bab proton dan elektron pun saya tak pass lagi, kenapa awak busy body nak kenalkan saya dengan nama Naruto?!" suara Sakura naik sedikit. Pelajar yang duduk disekitar mereka memandang ke arah Sakura dan Ino. Raut wajah mereka jelas terganggu dengan perbualan dua pelajar perempuan itu.

Ino segera meminta maaf, kemudian menyuruh Sakura agar diam sedikit. "Shh...jangan sebut nama dia kuat-kuat," Ino separuh berbisik.

"Orait, sebenarnya Naruto tu siapa? Ketua samseng? Anak pengetua? FBI? Perisik antarabangsa ke?" bertalu-talu soalan Sakura, pura-pura minat.

"Aha!" Ino memetik jari, "Aku dah tahu kau interested nak tahu pasal Naruto," Ino senyum lagi. Kening buatannya di naik-naikkan.

'What? Bukan dia ke tadi paksa aku nak beritahu siapa Naruto?' Sakura menggaru kepala. Sekarang dia binggung pula, siapa pula yang interested.

"Okay, pertama sekali Naruto memang seorang pelajar yang suka escape kelas Kakashi sensei. Tapi dia bukan pelajar bermasalah, semua kelas dia masuk except kelas cikgu Kakashi," terang Ino. "Dia tu memang suka hati masuk kelas, tapi Naruto tu tak lah buruk sangat. Opposite side. He is a hot guy," sambung Ino sambil membayangkan wajah tampan Naruto (Just imagine Usui Takumi dengan mata biru)

Sakura senyum pahit. Nak pasang muka kelat tak boleh. Nanti apa pula orang mengata, baru masuk kelas sudah berwajah sombong.

"Oh...yakah," Sakura mengangguk malas.

Ino tiba-tiba memegang bahunya, melihat dia serius sehingga warna navy blue cerah Ino kelihatan begitu dekat di wajahnya. "Tapi, awak jangan dekat sangat dengan dia...," kata Ino memberi amaran

Sakura terjungkit kening, "Kenapa? Dia tu boyfriend awak ke?" teka Sakura.

Ino menggeleng,"No, but I do hope he is my boyfriend. Sayangnya, saya dengar banyak kabar angin pasal Naruto, 12 tahun yang lalu dia telah bunuh ahli keluarganya dia sendiri ."

"Dan polis tak tangkap dia ke?" soal Sakura. Cerita misteri seperti ini mengundang minat Sakura. Dia memang sukakan perihal berbentuk penyiasatan. Acah-acah 'Detective Conan' versi perempuan katanya.

"Entahlah, polis tak dapat sahkan. Lagipun, ini cuma buah mulut jiran tetangga. Lagipun, Shikamaru sendiri cakap tak logik budak hingusan umur 5 tahun pegang pisau. Nak bezakan yang jahat dengan baik pun mungkin belum tentu tahu," jawab Ino melepaskan tangan di bahu Sakura.

Sakura mengangguk.

"Lepas tu...apa yang terjadi?" tanya Sakura.

"Kurang pasti, tapi menurut ayah Choji, ibu Naruto itu ada buat perjanjian dengan syaitan. Bahkan masa pihak forensik menemui mayat ibu Naruto, mereka cakap semua usus-usus ibu dia hilang semasa siasatan. Peliknya, tiada darah yang ditemui kecuali ayah Naruto," sambung Ino. Dia memeluk tubuhnya, ngeri memikirkan kejadian tersebut.

Mata Emerald Sakura turut terbuntang luas. Bulu romanya naik tanpa disedari.

"Cerita yang menarik bukan? Sebab tu saya beritahu awak siapa Naruto," senyum Ino sambil mengenyit mata.

Sakura hanya diam membisu, sebelum Kakashi sensei meninggalkan kelas dengan satu kerja rumah. Hari itu, sepatah ilmu Physic pun tiada masuk ke otaknya ,kecuali cerita misteri pelajar lelaki bernama Naruto.

xxxxx

Ding Dong!

(Waktu Rehat Jam 10.00 am)

Kruk Kruk~

"Aduh, lapar pula," Sakura mengadu perutnya bergendang meminta isi.

Sakura menuruni anak tangga kemudian ke ruang legar Sekolah. Pelajar lain sudah berebut menuju ke kantin. Ada yang berjalan secara kumpulan, ada juga yang solo. Sakura menuju ke tingkat bawah sekolah. Sebuah dewan makan dipenuhi pelbagai gerai makanan. Sakura melangkah masuk ke dalam. Dia lihat dewan ini begitu riuh dengan aksi jual beli. Ada gerai yang jual nasi berlauk , air bermacam warna dan juga buah-buahan. Di satu sudut pula, ada sebuah gerai yang menjual pelbagai roti. Niat mahu makan dikantin dibatalkan. Rata-rata semua pelajar Konoha sudah memenuhi kerusi dan meja kosong di situ. Dengan berat hati, Sakura menuju ke beberapa buah gerai, membeli sebuah epal hijau dan roti cheese. Sakura melalui ruang sekolah lagi. Mungkin makan di kelas merupakan pilihan terakhir dia kali ini.

Mana tahu Ino akan sambung cerita mengenai Naruto? Sakura tersenyum . Sakura kembali menaiki tangga ke tingkat tiga sekolah. Sakura membebel mengapa pelajar tahun akhir diletakkan di tingkat sekolah paling atas. Sedang dia memarahi pihak pentadbiran dan pengurusan Sekolah Konoha yang kurang cekap, dia terdengar satu perbualan.

"Lain-kali, kita makan di atas bumbung ya?"

"Baik! Lagipun di situ tenang dan tiada orang," balas pelajar perempuan tersebut.

Sakura yang berjalan ke atas hanya melihat kedua pelajar perempuan tersebut terkekek menuruni anak tangga.

'Mungkin Kouhai,' bisik Sakura.

Lagipun seragam sekolah dia dan kedua pelajar perempuan tadi berbeza. Sakura terus menaiki anak tangga. Sampai di lorong tingkat 3, Sakura terpandang anak tangga menuju ke bumbung. Dia teringat kata-kata kouhai mengenai ketenangan di bumbung sekolah Konoha.

'Hmm, apa kata aku cuba makan di sana,' gumam Sakura, lantas menaiki anak tangga ke bumbung sekolah.

Sakura menolak daun pintu. Satu lapangan kosong terpampang pada anak matanya. Sakura memerhati lagi, di sudut kanan terdapat sebuah tangki air dan disekeliling bumbung dipagari jaring besi. Sakura meninjau kawasan tersebut, mencari kawasan paling selesa. Nampaknya apa yang dikatakan dua pelajar perempuan tadi benar. Tiada apa di bumbung ini. Bosan, dan semuanya putih saja, fikir Sakura.

Kawasan yang berdekatan dengan tangki air menjadi tempat rehat Sakura. Dia melabuhkan punggung kemudian mula membuka plastik roti. Sambil dia mengunyah roti cheese, tiupan bayu lemput menerpa ke arahnya. Pemandangan langit biru melapangkan lagi hati Sakura. Di sini memang aman. Rasanya dia mahu tertidur dengan tiupan angin yang sayu.

10 minit telah berlalu. Jam menunjukkan 10.18 a.m. Sakura bangun, bersiap mahu masuk ke kelas semula. Tika dia membuka langkah, seekor haiwan berbulu tiba-tiba berjalan ke arahnya.

"Miow.."

"Eh? Bunyi apa tu?"

Bunyi haiwan itu makin dekat, apa lagi memang Sakura mengelabah satu badan. Sebab, banyak-banyak binatang, haiwan berbulu dan ada taring tajam tu lah yang dia takut. Langkah besar dibuka, dia mahu cepat-cepat tinggalkan tempat ini.

"Aku tak nak jumpa kucing, aku tak nak jumpa haiwan buas tu, aku tak nak!"

"Miow?"

Tada~ jampi serapah dia tak berkesan pun. Kucing comel dan gebu tu siap mengeliat depan dia. Paling menyakitkan hati, kucing tu boleh pula berada depan pintu bumbung tiba-tiba.

"J..jangan dekat, kucing baik jangan dekat okay?" Sakura mengibas tangan menyuruh kucing itu pergi.

Tapi itu kan haiwan, makin Sakura nak kucing tu pergi, makin dia maju ke arah Sakura. Well, mungkin kucing tu ingat Sakura kata 'Catty come here?'.

Jarak antara kucing dan Sakura makin dekat. Sakura makin takut, dadanya makin berdegup kencang. Kakinya mula terundur ke belakang. Setapak demi setapak jarak mereka makin hampir, dan Sakura segera menurut firasat hati untuk berlari.

"LARI!"

Dengan sekali swussh!

Pletak!

Sakura tersungkur terpijak sebuah tin kosong. Punggungnya terangkat, hampir menampakkan panty kegemaran dia.

AWWW..

'So embrassing!'

Sakura cepat-cepat bangun. Dia melihat ke kanan ke kiri, malu jika sesiapa melihat dia jatuh dalam keadaan paling tak seksi. (Hah?)

"Miow?"

"Ni semua salah awak tahu kucing!" Sakura menunding jari ke arah kucing itu. Menyalahkan atas kecuaiannya sendiri.

Dengan lentok paling comel, kucing itu mengeluarkan bunyi manja, "Miow?"

"God! Jangan ingat kalau awak guna puppy eyes jutsu, benci saya terhadap kucing buas macam awak akan hilang!" Sakura mencebik bibir.

Macam manalah kucing sesat ini ada di sini? Dia melihat ke arah kucing gemuk itu sambil mengecilkan mata. Wajah Sakura masam apabila sedar hari ini dia bernasib malang. Tapi mata azure biru pekat milik kucing itu buat dia terpana seketika. Rasanya jarang dia melihat mata kucing sebegitu cantik. Hmm, except badan kucing tu yang tersangat montel dan obess tahap tinggi!

Kucing itu mengeliat lagi. Dia menjilat bulunya yang berwarna oren putih. Tapi corak aneh di tubuh kucing itu yang membuat Sakura terpikat. Corak bulat-bulat membentuk pusaran aneh. Sakura mendekatkan diri ke arah kucing itu, but of course dalam jarak yang selamat. Siapa tak sayang muka wei?

"Wah, betul lah. Corak ni aneh sangat. Ni memang semula jadi ke atau ada orang buat," kagum Sakura. Dia meneliti lagi badan kucing itu, terdapat sebuah loceng kecil pada leher kucing gemuk itu. "Wah, loceng dia pun menarik. Macam loceng Doremon.."

"Hoi! Awak nak buat apa!?"

Angin kuat tiba-tiba menerpa.

Bunyi loceng pada leher kucing itu berbunyi.

Seorang pelajar lelaki dengan wajah yang marah berdiri di belakang Sakura. Tiupan angin tornado kecil itu meliuk helaian rambut Sakura. Dia begitu sukar melihat apa yang terjadi. Satu kelibat hitam mendekati dia. Baju seragam yang sama dengan corak seragam milik Sakura juga dapat dikecam. Lelaki itu mungkin satu umur. Sakura mengelip mata. Angin yang berputar cepat mengakibatkan mata jade hijau itu kering dan hilang fokus. Lama-kelamaan, pandangan kabur tadi berubah jelas. Seorang lelaki berambut blonde dengan wajah campuran mat salleh serta Asian melihat dia dingin. Anak mata Cobalt blue, dengan pigment biru pekat itu memancarkan satu jelingan tajam. Dalam sekelip mata, awan hitam menyelebungi mereka. Langit biru bertukar gelap. Suhu bertukar sejuk mencecah paras zero calcius. Badan Sakura menggeletar. Sedar-sedar dia sudah terduduk di lantai. Satu aura jahat dan penuh nafsu tiba-tiba muncul keluar dari tubuh lelaki asing itu. Raksasa itu mengaum, mencakar langit dengan ketinggian 5 meter. Raksasa itu menyeringai menampakkan taring tajam dan berbisa.

"Manusia..."

"Miss Haruno!"

Mata Sakura terbeliak besar. Cahaya putih memancar dan langit kembali kepada asal. Dia ber paling ke arah pemanggil namanya. Kakashi sensei berdiri sambil merenung dia dengan wajah yang hairan. Dia memegang bahu pelajar baru itu.

"Miss Haruno, kamu tak ada apa-apa?" soal Kakashi risau.

Sakura hanya diam. Badannya menjerit ketakutan. Lututnya longlai tidak bermaya. Kakashi sensei segera memapah dia untuk berdiri kembali. Sakura berdiri terhuyung hayang, entah kenapa kekuatan kakinya mendadak turun. Apa kakinya bermasalah? Sakura binggung, tapi dia tetap berjalan ke pintu keluar.

"Hati-hati Miss Haruno," pesan Kakashi sebelum Sakura pergi meninggalkan bumbung sekolah.

Kakashi menarik nafas panjang. Dari hujung mata, dia menangkap satu kelibat bersembunyi. "Naruto, lain kali tolong jangan takutkan pelajar sensei macam itu."

xxxxx

Sampai di pintu kelas, Sakura tercegat kerana meja kosong disebelahnya sudah diduduki seorang pelajar lelaki. Sakura menuju ke mejanya. Seorang pelajar lelaki duduk selamba di situ. Sakura hanya mendiamkan diri. Dia turut mengambil tempat kerana Iruka Sensei sudah masuk ke kelas.

Pelajaran kali itu dimulai dengan pelajaran Matematik. Sakura sibuk menyalin nota, tapi pelajar disebelahnya berbeza. Pelajar lelaki itu hanya sibuk memandang ke arah luar jendela. Sakura tidak mahu menjaga tepi kain orang, tapi hatinya meronta mahu menegur pelajar itu. Apakah betul pelajar yang duduk disebelah Sakura itu bernama...

"Naruto, sila berdiri dan jawab soalan ini."

Ahli kelas 5B terus diam dan menoleh ke arah belakang. Lagi tepat, kepada pelajar yang duduk di sebelah Sakura. Sakura terkebil-kebil melihat semua mata tertumpu padanya. Tidak mahu dianggap aneh, dia juga memalingkan muka ke arah 'Naruto'. Semua orang menunggu jawapan dari Naruto, tapi Naruto masih tidak berganjak dari posisinya dari tadi.

Sakura mengintai buku nota Naruto, and What?! 'Kosong sesuci debu. Nak guna jadi kain kafan pun boleh!'

"Naruto-san? Kamu dengar tak?" suara Iruka Sensei dikuatkan sedikit.

Ahli kelas yang lain mula berbisik. Bergosip antara satu sama lain. Sakura pura-pura tidak tahu. Dia menyembunyikan muka di sebalik buku Matematik tingkatan 5. Kalau diikutkan, soalan yang diajukan oleh Iruka Sensei agak payah buat Sakura. 'Algebra tahap gaban! Cuma keturunan bijak pandai Andrew Wiles saja dapat jawab! Bayangkan a+b sepatutnya bersamaan dengan c. Tapi what the hell, apasal tiba-tiba a+b bersamaan dengan Z. Sakura menoleh ke arah Ino. Nampaknya gadis kuat bercoleteh itu pun berkeringat cuba menjawab soalan matematik tahap dewa itu.

'Hebatnya, Ino dapat jawab ke?' Sakura mengangkat muka, mahu menjenguk langkah kerja Ino.

'Sememangnya...'WHAT! Orang sibuk belajar matematik, boleh pula Ino sibuk lukis kartun! Dah lah tekun nak mampus! Sakura mengeluh. Apakah benar keputusan dia untuk pindah ke Konoha? Alahai, migrain pula time ni.

Kembali kepada asal, Naruto tetap dengan pendirian sendiri. Asyik dengan dunia yang entah wujud atau tidak. Arahan Iruka sensei langsung tidak disahut Naruto.

"Naruto-san! Naruto-san! Kamu dengar tak?" jerit Iruka sensei. Payah benar berkomunikasi dengan anak muridnya yang bermasalah. "Okay baiklah. Jika ini tanda protes kamu tidak mahu jawab soalan, apa kata pelajar yang duduk di sebelah Naruto tolong sensei untuk soalan ini. Bolehkan Miss Haruno?"

"Ehhhh!?"

"Kamu cakap apa miss Haruno?"

"T..tak tak ada apa-apa sensei, ha..hahaha," gelak Sakura separuh panik.

Dari hujung kelas, Rock lee menaikkan ibu jarinya sambil menayangkan giginya yang putih bak penangan Darlie! Aduh makin frust pula Sakura. Dia menjeling marah ke arah Naruto. 'Tak guna! Sebab dia aku jadi mangsa, kau tunggu Naruto-san, SHANARO!'

"Miss Haruno?"

"Eh...ya sensei," dengan terburu-buru Sakura menuju ke papan putih.

xxxxx

"Wuargh!" Sakura mengeliat puas. Akhirnya tamat juga pembelajaran mereka di sekolah. Sehari bagaikan setahun rasanya. Sakura segera mengemaskan buku dan alat tulis di atas meja. Dia mahu segera pulang ke rumah. Sedang semua pelajar berpusu bergerak keluar, Naruto masih diam tidak berganjak. Terdetik pula hati Sakura mahu menegur Naruto. Dan kenapa Naruto selalu memandang di luar jendela?

"Daripada lihat pemandangan dari luar jendela, ada baiknya jika awak pulang ke rumah saja. Lagipun kelas dah habis," kata Sakura memecahkan suasana antara mereka.

Naruto menoleh ke arah Sakura. Mata Azure itu bertentang dengan anak mata Emerald Sakura. Darah naik ke wajah Sakura. Dia segera mengalihkan pandangan ke tempat lain. Cis, memang benar. Wajah Naruto-san tidalah buruk sangat. Sakura sempat mengutuk diri kerana terpana dengan rahang maskulin dan raut wajah tampan campuran itu.

"Jangan bercakap dengan saya..." suara garau dan dalam Naruto buat Sakura sedikit tersentak. "Mustahil okaasan awak tak pernah ajar jangan bergaul dengan orang tak dikenali. Abaikan saya dan buat hal kau sendiri. Seperti kabar angin yang kau dengar, pembunuh seperti aku tak layak bercakap dengan sesiapa," tambah Naruto lagi.

Sakura terngaga kecil. Berani-berani pelajar ini berpaling muka darinya? Sakura mengepalkan tangan. Kedua pembuku limanya sudah bersedia. Dia sememangnya geram dengan perangai Naruto dari tadi syik-asyik 'emo'!

"Kenapa? Kalau betul pun awak pembunuh, kenapa?" soalan Sakura membuat Naruto berkerut muka.

"Jadi apa awak nak buat kalau saya terus bercakap dengan awak? Awak nak bunuh saya juga ke? Saya tak takut!" tegas Sakura. "Dalam dunia ini saya cuma takut dan benci dua benda, pertama hantu dan kedua orang penipu!"Sakura terus menghentakkan kerusinya ke dalam meja. Dalam keadaan yang marah dia terus keluar dari kelas.

Naruto terkelu dengan sikap Sakura. Siapa sangka gadis berwajah ayu itu panas baran. Naruto tahu seluruh ahli kelas benci padanya. Kalau ada pun yang mahu menegur, itu semua pelajar perempuan yang tertarik pada wajah tampan Naruto tanpa mengetahui kisah gelap miliknya.

Naruto menadah tangan, memposisikan di bawah rahang dagu sebelah kiri. Dia menguntumkan senyuman sinis, sambil matanya menyoroti jejak Sakura keluar melalui pagar sekolah Konoha.

"Hm...Gadis yang menarik."

Naruto tertawa. Ini kali pertama dia tidak sabar untuk pergi ke sekolah esok.

SHUSH!

Semua pintu jendela kelas tertutup rapat. Ruang kelas menjadi senyap dan sunyi. Tatkala itu muncul satu aura hitam dari badan Naruto. Perlahan aura itu bertukar menjadi raksasa mengerunkan.

"Manusia...mangsa kita ada berdekatan sekarang.."

Naruto diam tanpa kata. Selepas menerima arahan raksasa itu, aura hitam itu terus lenyap begitu saja. Kini pintu jendela terbuka luas hingga matanya tertumpu di sebuah bangunan usang. Malam ini, dia akan berburu lagi.

TBC


Notes : Sebelum ini saya pernah publish cerita The Luminous Moonlight, cuma saya ubah dan edit sedikit. As promise, I will update the next chapter tomorrow. Give me some support guys! *wink*