Di lautan luas kelihatan Dai-yon Kantai telah tiba di pelabuhan setelah menghabiskan misi yang telah ditugaskan kepada mereka.

"Saya betul-betul tak sabar untuk mandi dan rehatkan badan yang letih ni,"kata Atago sambil memegang bahunya yang lenguh.

"Atago-chan,berhenti merepek,kita perlu melaporkan perkara ni terlebih dahulu kepada Teitoku,"tegas Shoukaku.

"Saya tahu,tapi dah tiga hari tak mandi memang betul-betul tidak selesa,awak faham?"

"Kami semua pun sama,saya dah berpeluh satu badan kerana cuaca panas dan sebab itulah kita perlu laporkannya cepat-cepat supaya dapat mandi di kolam air panas,kuma!"kata Kuma bersemangat.

"Baiklah adik-adik kita akan mandi selepas membuat laporan,sekarang mari ke bilik arahan terlebih dahulu,"kata Haruna ketika berlabuh di Pangkalan.

Nagato dan Mutsu sedang berbincang mengenai strategi-strategi untuk menyerang Abyssal yang seterusnya bersama Teitoku ketika Haruna mengetuk pintu.

"Maafkan kami,Teitoku Dai-yon Kantai telah berjaya menyelesaikan misi yang diarahkan di bahagian barat laut tempoh hari dan telah tiba di pelabuhan 15 minit yang lalu..."kata Haruna.

"Kami dapati pihak musuh menghantar 5 kumpulan di sepanjang 30 kilometer kawasan yang kami lalui..."sambung Kirishima sambil meletakkan fail yang berisi gambaran-gambaran yang diambil ketika pertempuran itu.

"Kerja yang bagus semua,awak semua boleh berehat dahulu untuk masa sekarang."Kata Mutsu sambil mengenyitkan mata ke arah mereka berenam.

Di tempat latihan Destroyer,Tone sedang mengawasi Akatsuki dan rakan-rakannya yang sedang berlatih menembak bersama adiknya, Fubuki dan Yudachi sedang memanaskan badan untuk berlari mengelilingi Pangkalan selepas selesai latihan menembak dan mereka diberi arahan supaya berlari mengelilingi Pangkalan mereka sebanyak 10 pusingan sebelum dibenarkan berehat dan pulang ke bilik masing-masing.

"Jom,Yu-chan kita perlu cepat habiskan larian ini,hari dah hampir gelap..."kata Fubuki setelah selesai memanaskan badan.

"Jomlah,saya dah bersedia,mari lumba siapa selesaikan larian ini lebih pantas,poi!"jerit Yudachi memulakan lariannya sambil dikejar rapat oleh Fubuki.
"Oi! Janganlah gembira sangat,nanti cedera siapa yang susah?!"marah Tone mengawasi mereka.

"Kami bukannya budak-budak lagi!"balas mereka berdua berlalu pergi.

"Apa-apa sajalah budak-budak ni,"rungut Tone lalu sambung melihat Destroyer yang muda berlatih menembak.

Destroyer merupakan kumpulan yang termuda di Pangkalan itu,tanggungjawab mereka adalah untuk membantu kakak-kakak dari kumpulan atasan dan mereka diberi layanan yang baik oleh ahli-ahli lebih senior kadang-kadang dimanjakan oleh senior mereka.

2 jam kemudian,latihan mereka selesai dan mereka dibenarkan pulang ke bilik Fubuki dan Yudachi pulang ke bilik mereka yang terletak dibangunan paling hujung dan mereka tinggal bersama dengan empat orang ahli Carrier yang lain.

"Kami dah balik!"kata mereka berdua setelah masuk kebilik itu.

"Selamat pulang,macam mana dengan latihan?" tanya Akagi yang sedang makan aiskrim di atas meja bersama dengan Soryuu.

"Bagus,saya dapat tewaskan Yu-chan dalam perlumbaan hari ini..."balas Fubuki sambil mengambil tualanya.

"Diamlah! saya hanya terleka sekejap,dan tiba-tiba saja awak memotong!"marah Yudachi yang masih belum menerima kekalahannya.

"Cukuplah bergaduh,pergi mandi,nanti busuk pula bilik ini,"tegas Soryuu.

"Baiklah,"balas Yudachi sambil mengambil tuala mandiannya.

"Jangan balik lewat sangat tau!"

"Kami tahu!"

Akagi dan Soryuu melambaikan tangan mereka pada junior-junior menyusuli Yudachi ke kolam air,mereka berdua bertembung dengan Dai-yon Kantai yang baru saja memasuki bilik kolam air panas semua menikmati mandian kolam air terpandang akan rantai emas yang dipakai oleh Fubuki.

"Fubuki-chan,rantai apa pula yang awak pakai tu,kuma?"

"Rantai ini mengandungi gambar ibu bapa saya,kakak saya yang memberikan kepada saya dan amanahkan pada saya supaya menjaga rantai ini sampai bila-bila"balas Fubuki sambil memegang rantai itu.

"Apa yang terjadi pada dia,nya?"tanya Tama pula.

Pertanyaan itu membuatkan Fubuki terkejut dan suasana di kolam air panas itu senyap seketika.

"Hey,Tama!" marah Shoukaku.

"Tak mengapa,kakak saya dah mati tujuh tahun yang usia saya tujuh tahun...rantai ini diberikan pada saya dua minggu sebelum dia mati..."kata Fubuki sambil menyelamkan kepalanya di dalam kolam itu.

"Maafkan saya..."

Fubuki hanya menggelengkan di kolam itu kembali senyap,sehinggalah Yudachi bersuara.

"Atago-senpai macam mana dengan misi kamu semua,poi?"tanya Yudachi menghampiri Atago.

"Sedikit calar dan parut,tapi kami okay saja,macam mana dengan latihan kamu pula,"

"Fubuki-chan dah kalahkan saya waktu saya sedang leka,jadi saya sedikit geram,poi!"jerit Yudachi sambil memukul air kolam itu ke arah Fubuki yang sedang berbual dengan Kirishima.

"Yu-chan!"marah Fubuki sambil membalas pukulannya itu.

Ahli-ahli yang lain hanya ketawa melihat gelagat junior-junior mereka yang baru saja hendak masuk ke alam remaja,mereka mengambil keputusan untuk makan malam Mamiya mereka pulang ke bilik masing-masing untuk berehat.

Keesokan harinya,Yubari sedang berada di kilang untuk mencipta alat-alat elektronik baru supaya dapat digunakan dia sentiasa bekerja keras dalam mencipta perkara-perkara yang dapat membantu Kanmusu yang dibantu oleh Dai-roku Kuchikutai yang masih yang selalu membawa hasil-hasil yang diperoleh dari ekspedisi yang selalu jarang dihantar membuat misi merbahaya disebabkan umur mereka yang muda,jadi mereka terlalu dimanjakan oleh senior-senior mereka yang lain.

"Yubari-san,lama lagi ke nak siap alatan itu?"tanya Inazuma sambil menghulurkan pelayar kepada Yubari.

"Sedikit saja lagi,nanti siaplah,"balas Yubari bersemangat.

"Yelah tu,awak asyik cakap perkara yang sama sejak minggu lepas,tapi langsung tak ada perubahan pada alat itu,"kata Mogami selamba.

"Apa awak cakap?! ulang lagi sekali!"marah Yubari pada rakan sebayanya itu.

"Betul awak nak saya ulang sekali lagi ni?!"balas Mogami menghampiri Yubari.

"Ja-janganlah bergaduh kakak!"kata Inazuma cuba menenangkan mereka berdua.

Kehadiran Mutsuki di kilang yang bising dengan pergaduhan antara mereka telah berjaya dihentikan.

"Yubari-senpai,Tone-sensei panggil awak untuk membantunya memindahkan barang ke tempat ini,"kata Mutsuki.

"Baiklah,saya pergi kejap lagi,"balas Yubari lalu masuk ke bilik salinan menukar pakaian.

"Terima kasih,Mutsuki-san,"kata Inazuma.

Mutsuki hanya tersenyum dan meninggalkan kilang bergegas ke tempat latihan untuk melihat keadaan Fubuki,Akagi sedang melatih Fubuki menggunakan kapal-kapal terbangnya untuk melihat kepantasan Fubuki. Meskipun mendapat sedikit kecederaan,Fubuki bersungguh-sungguh untuk melawan menentang kapal-kapal terbang seniornya itu.

"Berusaha,Fubuki-chan!"kata Mutsuki,memberi sokongan.

"Ok!"

"Kenapa nampak lembik saja ni? Semangatlah sedikit!"tegur Akagi.

"Baik!"

Setelah melihat Fubuki yang sudah mula keletihan,Akagi mengajaknya untuk merupakan penjaga Fubuki jadi tidak hairanlah mereka akan menghabiskan masa berdua umpama adik-beradik,Akagi menjaga Fubuki semenjak dia kali pertama menjejakkan kaki di Pangkalan.

"Kamu rehatlah dulu,pulihkan tenaga...kita sambung esok,"kata Akagi sambil menghulurkan sebotol air masak.

"Terima kasih,senpai..."

Ketika itu mereka berdua melihat gelagat-gelagat ahli Kanmusu yang lain sedang asyik yang bermain badminton,bola tampar dan banyak semua nampak seperti sebuah keluarga besar itu sedang bergembira,membuatkan hati Fubuki turut gembira.

'Alangkah bagusnya saat-saat ini dapat berkekalan sampai bila-bila...'

"Fubuki-chan! Mutsuki-chan! mari main bola tampar..."ajak Yudachi.

"Pergilah main sama,kita dah habis berlatih,"kata Akagi,dia tahu Fubuki cukup tertekan sejak akhir-akhir ini.

"Baiklah,jom Mutsuki-chan"

Chikuma mendekati Akagi setelah bercakap dengan Tone sambil melihat kearah Destroyer yang sedang bermain.

"Ada apa-apa yang berlaku ke,Akagi-san?"

"Fubuki tak nampak macam dia yang sama sejak akhir-akhir ini,waktu malam pula dia asyik mengalami mimpi saya bertanya apa berlaku dia selalu cuba mengelak dan menyembunyikannya,"balas Akagi.

"Mungkin dia terlalu letih atau mungkin juga dia peristiwa hitam yang berlaku padanya satu ketika dahulu kembali menghantui risaulah,saya yakin bahawa budak itu tak mahu membuatkan awak risau tentang keadaan -kadang awak perlulah percayakan dia boleh uruskan benda macam ini dia dah semakin membesar dan kita tak perlulah nak manjakan dia sangat,lagipun saya yakin yang dia akan datang pada awak atau kita semua apabila dia ada sesuatu hendak diluahkan"kata Chikuma.

"Awak betul,terima kasih sebab ingatkan saya tentang perkara itu,saya terlupa bahawa saya ini bukannya kakak dia..."

Fubuki merebahkan badannya di atas katil empuknya,dia melihat kedua-dua Akagi dan Kaga telah tidur,begitu juga dengan ahli-ahlinya yang lain. Dia memegang rantai di lehernya yang telah diberikan oleh Maruki padanya sambil memandangkan ke syiling bilik itu dan teringat tentang nasib hidupnya yang kehilangan kedua-dua orang tuanya setelah mereka mati dibunuh ketika baru hendak membunuh seorang kanak-kanak yang masih kecil,serangan mereka dapat dihalang oleh kumpulan Kanmusu yang baru muncul.

Lamunan Fubuki terhenti apabila menyedari bunyi dentuman yang kuat dari bilik Arahan yang terletak bersebelahan dengan bangunannya membuang masa,dia bangkit dan berlari menuju ke arah bangunan Teitoku menghadiri mesyuarat dan akan pulang dalam masa beberapa bahawa Nagato dan Mutsu bekerja lebih masa di bilik -tiba,dia ternampak kaca tingkat bilik itu berkecai dan badan Mutsu tercampak keluar.

"MUTSU-SAN!"jerit Fubuki sambil menyambut badan Mutsu.

"Fu-Fubuki-chan,tolong ada orang dalam bilik itu dengan Nagato,"kata Mutsu yang sedang cedera itu.

Pada waktu itu juga,Dai-roku Kuchikutai yang baru menyelesaikan misi,turut ke tempat kejadian dan membantu Fubuki dan berjaya menghentikan pendarahan yang terdapat pada bahu Mutsu yang ditembak itu.

"Mutsu-san!"

"Hibiki-chan,Inazuma-chan,tolong jaga Mutsu-san dan bawanya ke tempat orang lain,Ikazuchi-chan,Akatsuki-chan,mari kita pergi tolong Nagato-san,"kata Fubuki sambil menyerahkan Mutsu kepada Hibiki dan Inazuma lalu berlari ketingkat dua bangunan itu.

"Baiklah!"

Fubuki,Akatsuki dan Ikazuchi menghampiri bilik Arahan itu tetapi belum sempat mereka menerjah masuk,pintu itu ditendang dengan kuat menyebabkan ianya tercampak keluar dari bilik itu.

"Nagato-san,awak tak apa-apa ke? tanya Ikazuchi sambil menghampiri Nagato yang rebah tidak bermaya itu.

"Hei! awak siapa nak serang kami?!"marah Akatsuki sambil menunding jari ke arah seorang wanita yang lebih kurang 20-an itu.

Fubuki menyerang wanita itu dengan satu ,tumbukan itu dihentikan oleh wanita itu dengan sebelah tangan .Fubuki terperanjat dengan apa yang berlaku,tiba-tiba,mereka bertentang mata seakan-akan mereka pernah bertemu.

"Dah lama kita tak jumpa,Fubuki,"kata wanita itu setelah melepaskan tangan Fubuki.

"Onee-sama? Awak masih hidup? Apa yang berlaku pada awak?"tanya Fubuki yang terkejut melihat wanita itu.

Akatsuki dan Ikazuchi terkejut dengan apa yang berdua hairan dengan aksi Fubuki dan wanita kaku dan tanpa disedari air matanya Fubuki yang hilang tumpuan,wanita itu mengambil peluang untuk menembak 2 das tembakan ke atas Fubuki.

Fubuki rebah di atas lantai bilik Arahan itu sambil melihat ke arah wanita itu dengan perasaan sayu. Akatsuki dan Ikazuchi terkedu melihat keadaan senior mereka yang longlai di atas lantai.

"Fubuki-san! bertahanlah,"kata Akatsuki sambil mengangkat badan seniornya yang tidak sedarkan diri,dia sempat menekan butang kecemasan yang berada tidak jauh dari mereka.

Akatsuki dan Ikazuchi cuba melengahkan masa dengan menyerang wanita misteri loceng kecemasan dibunyikan wanita itu melarikan diri untuk mengelakkan dirinya diburu oleh gadis-gadis kanmusu yang ramai.

Inazuma dan Hibiki yang mengangkat badan Mutsu bertembung dengan Kongou dan Zuikaku yang kebetulan baru selesai tugas mereka.

"Mutsu! Adik-adik apa yang terjadi?"tanya Kongou sambil memeriksa keadaan Mutsu dalam pangkuan kanak-kanak itu.

"Zuikaku-san! Orang itu telah menyerang Mutsu-san!"jerit Hibiki apabila ternampak wanita itu.

Zuikaku cuba memanahnya,namun panahan tersebut berjaya itu dielakkan oleh wanita itu dengan begitu mudah.

"Tak guna!"jerit Zuikaku apabila melihat wanita misteri itu berjaya melarikan diri dari Pangkalan menaiki sebuah bot kecil.

Ahli kanmusu yang lain bergegas ke bilik terkejut melihat kedua-dua Fubuki dan Nagato berlemuran berlari mendapatkan Fubuki yang diselubungi membalutkan badan Fubuki dengan pakaiannya supaya dapat menghentikan darah itu.

"Fubuki?! Bertahan,kamu takkan apa-apa,sayang..."kata Akagi sambil mengangkat juniornya itu.

Fubuki tidak sedarkan diri dan kehilangan Nagato dan Mutsu pula tidak kritikal sangat memandangkan luka yang dialami mereka tidak separah Fubuki.

THIS IS MY FIRST FANFICTION,I HOPE YOU ENJOY IT...