HAI SEMUA! Author kembali lagi dengan kisah-kisah menarik tentang Fang dan Kaizo (dan juga rakan-rakan mereka)

Review sangat di alu-alu kan :D jangan malu-malu untuk bagi review ^^

Kepada semua readers... ENJOY!

Maaf kalau ada salah silap dalam chapter ini


Perjalanan Baru

Sesi baru persekolahan sudah bermula, kelima-lima pahlawan superhero Pulau Rintis berdiri bersama di hadapan pintu pagar sekolah sambil melihat sekolah rendah mereka. Ini adalah tahun terakhir mereka di sekolah rendah. Tahun hadapan, mereka akan bermula dengan perjalanan baru di sekolah menengah. Jadi mereka ingin mengabadikan kenangan mereka bersama di sekolah rendah.

"Darjah 6" kata Boboiboy

"Tahun terakhir kita" kata Fang pula

"Tapi... kita tak sama kelas dah" kata Gopal dengan nada sedih

"Sama ke tak, kita kenalah kekalkan kenangan kita bersama di sekolah rendah" kata Yaya

"Betul tue, tahun hadapan tak tahulah apa nasib kita nanti. Mungkin ada yang dapat masuk ke sekolah asrama" kata Ying

Mereka berdiri di situ sehinggalah Cikgu Papa Zola muncul di belakang mereka. "APA YANG KAMU SEDANG LIHAT NIE?"

"erkk! cikgu Papa!" terkejut mereka berlima. "Ini mesti kes semua tengah sedihkan. Dah, dah, jangan nak sedih sangat. Bukannya kamu tak dapat berjumpa pun, nanti lepas sekolah, waktu rehat, waktu nak lawan musuh-musuh kamu tue, mesti dapat jumpa balik kan"

"Betul cakap cikgu! jadi tahun ini kami nak buat sebanyak kenangan yang kami nak" kata Boboiboy.

"Bagus bagus tapi malangnya cikgu bukan kelas cikgu kamu lagi. Jadi dengarlah wahai anak-anak murid kebenaran. JANGAN LUPAKAN TENTANG CIKGU KEBENARAN NANTI APABILA DAH MASUK KELAS BARU NANTI!" habis air liur cikgu Papa Zola terkena dekat Boboiboy, Gopal dan juga Fang. "Sudah! cikgu ada hal dekat bilik guru!" Lalu cikgu Papa Zola beredar dari situ. Mereka mengelap muka mereka yang terkena air liur cikgu Papa Zola. Fang melihat jam kuasanya dan dia perlu masuk ke kelas cepat.

"Kejap lagi loceng sekolah nak mula dah, aku kena masuk kena dulu" kata Fang. Dia melambai-lambai kepada rakan-rakan dia. Boboiboy dan Gopal juga terpaksa masuk ke kelas mereka, Ying juga ikut mereka berdua. Kelas Ying dan Yaya hanya bersebelahan dengan kelas mereka berdua. Manakala Yaya terpaksa menjalankan tugas sebagai ketua pengawas sekolah. Dia sudah bersedia dengan buku dendanya.

Boboiboy baru perasan, ini pertama kali mereka semua tidak masuk kelas bersama. Kelas Fang berada di hadapan sekali, berdekatan dengan tangga. Dia lalu di hadapan kelas Fang dan nampak dia sedang sibuk bersihkan kelas, manakala rakan sekelasnya tidak menolong Fang, mereka cuma duduk sambil membaca buku sahaja dan tidak pedulikan dia. Selang tiga kelas Fang, mereka sampai di kelas Ying dan Yaya iaitu kelas 6 Harmony

"Jumpa lagi waktu rehat" kata Ying

Boboiboy dan Gopal masuk ke kelas 6 Jujur, yang berada di sebelah kelas Yaya dan Ying. Semuanya nampak berbeza sekali.


Loceng waktu rehat sudah berbunyi, pelajar-pelajar Sekolah Rendah Pulau Rintis berpusu-pusu keluar dari kelas dan menuju ke kantin sekolah. Boboiboy dan Gopal menunggu Fang di depan pintu kelas dia. Fang adalah orang yang terakhir keluar dari kelasnya. Dia kelihatan tidak begitu semangat. "Kenapa dengan kau?" tanya Boboiboy

Fang menghelakan nafas dan mereka bertiga terus menuju ke kantin sekolah. "Aku sebenarnya tidak berapa suka sangat dengan kelas aku. Semuanya dengan kawan masing-masing, aku sorang sahaja yang duduk dekat belakang sorang-sorang. Dia orang tue semua sombong, tak meriah macam kelas kita dulu" kata Fang

"Dey, bukan kau tue sombong juga ke. Anti-sosial"

"Baik kau cakap elok-elok sikit! Aku cuma rasa bosan, takde kawan langsung. Sedikit pun dia orang tak nak tegur aku" Boboiboy rasa kesian dengan kawan baik dia. Kalaulah dia ada kuasa dekat sekolah ini, dia dah lama pindahkan Fang dan masukkan Fang ke kelas dia. Tentu lagi ceria jika mereka semua bersama tapi dia tahu, kehidupan mereka semua akan berubah-ubah juga tapi yang pasti, mereka akan tetap bersama. "Jangan risaulah Fang, kalau dia orang sombong dengan kau, kau buat-buat tak tahu sahaja. Lagipun, kau mesti lagi pandai daripada dia orang kan kan kan"

"Wei, jangan cakap macam tue. Kalau dia orang dengar, nahas kau Boboiboy" kata Gopal. Dia menarik tangan kedua kawan dia dan bawa mereka berdua ke belakang sekolah. "Apasal kau bawak kita orang ke sini?" tanya Fang

"Syhhhh!" Gopal melihat ke kiri lepas itu ke kanan, lepas itu dia menoleh kebelakang untuk pastikan tiada siapa akan dengar percakapan dia nanti. Boboiboy dan Fang menunggu sahaja untuk Gopal mula bercerita. "Kalau kau nak tahu Fang. Kelas pertama itu memang menakutkan. Dia orang tue semua genius-genius macam kau juga tapi dia orang tak suka bila budak baru masuk ke kelas dia orang. Semenjak dari darjah 1 sampai sekarang, dia orang mana pernah masuk kelas lain. Jadi, kau kena berhati-hati. Aku takut nanti dia orang akan buat sesuatu dekat kau"

"Isk kau nie. Apa yang kau merepek nie Gopal" Fang silangkan tangannya dan tak percaya dengan cerita Gopal. "Betul ke cerita kau nie Gopal?" tanya Boboiboy yang masih ragu-ragu dengan cerita tadi.

"Aku nasihatkan kau aje. Kalau kau tak percaya, kau tunggu dan lihat sahaja nanti. Dia orang tue tak boleh lihat kalau ada orang baru masuk. Aku dengar tahun lepas, ada murid baru masuk ke kelas dia orang, lepas tue, tak sampai sebulan, murid tue dah pindah sekolah sebab dia kena buli" kata Gopal "Berhati-hatilah dengan kelas 6 Jahaman tue" Gopal buat suara hantu dekat Fang

"Woi, 6 Jaya lah bukan 6 Jahanam" Fang masih lagi tidak percaya dengan cerita Gopal. Dia hiraukan sahaja dengan cerita merepek dari Gopal.

"APA YANG KAMU BUAT DEKAT SINI!"

"erkk! abang!" terkejut Fang melihat abangnya muncul di belakang Gopal. Gopal hampir nak pengsan apabila mendengar suara garang Kaizo. "Aduh, sakit jantung aku" kata Gopal

"Abang Kaizo buat apa dekat sini?" tanya Boboiboy. Kaizo mengangkat tangannya dan memberikan bekalan makanan kepada Fang. "Aku datang ke sini sebab nak hantar bekalan makanan dekat kau. Abang cari kau tak jumpa, rupanya kau ada dekat sini. Apa yang kamu semua buat dekat sini?" Fang mengambil bekalan makanan tersebut dan membuka sedikit untuk melihat di dalam bekas itu. Abang dia begitu baik sekali, telah membuat mee goreng lobak merah khas untuk dia. Fang siap mengambil bau mee goreng tersebut.

"Kita orang dekat sini sebab Gopal tue. Dia cerita yang bukan-bukan dekat kita orang" kata Boboiboy

"Kamu sudah darjah 6, MASIH LAGI NAK BERCERITA YANG BUKAN-BUKAN!" tersengih Gopal dekat Kaizo. Fang puas hati kerana Gopal kena marah dengan abang dia. Boboiboy melihat jam kuasanya dan lalu dia menolak bahu Gopal untuk pergi ke kantin. Tinggal lagi beberapa minit sebelum waktu rehat tamat. "Kita orang pergi dulu yea" kata Boboiboy. Fang ikut mereka juga.

"Pang, tunggu sebentar. Abang ada hal nak cakap dengan kau" Fang terpaksa patah balik kerana abang dia panggil "Korang pergi dulu, nanti kita jumpa dekat kantin"

"Pang, tahun nie abang nak kamu serius dengan mata pelajaran kamu. Jangan nak bermain sangat! Abang tahu kamu ada peperiksaan penting tahun nie, jadi abang nak kan kamu buat yang terbaik. Jangan kecewakan abang"

"Baik abang! Adik akan buat yang terbaik, adik takkan kecewakan abang" Lalu Fang memeluk abang dia sebagai tanda terima kasih kerana menasihati dia. "Adik pergi dulu" Fang melambai-lambai ke arah abangnya dan terus ke kantin sekolah. Kaizo tahu adik dia takkan kecewakan dia sebab adiknya seorang yang pandai. Dari dulu lagi semasa mereka di dalam misi, Kaizo selalu tegaskan adiknya untuk belajar dan juga di dalam latihan tempur.

Tanpa disedari oleh Kaizo, ada beberapa pelajar dari kelas Fang telah mendengar perbualan mereka berdua. Pelajar-pelajar tersebut ketawa kerana Fang dipanggil Pang oleh abangnya sendiri. Mereka telah mendapat idea bagaimana untuk menjatuhkan murid baru di kelas mereka tapi sebelum itu, mereka perlu mengumpul beberapa infomasi lagi tentang Fang.

"Jagalah kau Fang. Kau ingat kau genius sangat. Kau ingat kau boleh masuk ke kelas kita orang dengan begitu mudah sekali" kata seorang pelajar bernama Zakwan. Dia lah ketua kumpulan 6 Jaya. Dialah dekat kelas tadi berikan cadangan dekat guru kelas mereka supaya Fang menjadi ketua kelas 6 Jaya. Dia sebenarnya nak melihat berapa lama Fang dapat bertahan di dalam kelas mereka.

"Jangan risau, tak sampai sebulan, dia mesti merayu nak pindah sekolah. Kita tengok sahaja nanti" kata seorang lagi pelajar bercermin mata. Nama dia adalah Robin, kawan baik kepada Zakwan. Mereka gelak sahaja dan mulakan dengan rancangan jahat mereka


"Hah, macam mana hari pertama sekolah korang" tanya Tok Aba sambil membuatkan Ice Blended Chocolate Special untuk mereka semua. Ochobot membantu Tok Aba untuk sediakan minuman mereka semua.

"Bolehlah, takde apa yang seronok pun" kata Boboiboy dengan nada yang bosan

"Tahu takpe Boboiboy. Bosanlah takde Fang, Yaya dan Ying dekat kelas" kata Gopal pula

"Isk korang nie, tak kan nak sama kelas sahaja. Bukan jauh sangat pun kelas korang dengan kelas kita orang. Sebelah sahajakan" kata Yaya. Dia masih lagi kekal sebagai ketua kelas.

"Betul tue.. korang boleh sahaja pergi ke kelas kami. Itu pun kalau cikgu takde dalam kelas" kata Ying

"Baguslah tue, aku juga yang kelas jauh daripada korang. Dah lah kelas aku tue semuanya sombong-sombong" kata Fang yang rasa sedih kerana kawan-kawan dia semua kelas dekat sana, kelas dia sahaja yang jauh. "Aku nak sama kelas dengan korang" bisik Fang. Boboiboy nampak kesedihan di mata Fang. "Fang, janganlah sedih. Kita masih lagi boleh jumpa" Fang tersenyum sedikit.

Tok Aba dan Ochobot dengar sahaja cerita mereka semua di hari pertama persekolahan mereka. "Habis tue, korang tak sukalah dengan kelas korang?" tanya Ochobot

"Suka tapi tak semeriah dulu" kata Boboiboy sambil mengambil Ice Blended Chocolate Special dari Ochobot. Dia teringat lagi semasa mereka darjah 5, betapa cerianya mereka semua walaupun dia pelajar baru pada tahun lepas. Dia tersenyum sorang-sorang apabila teringat dia dan Fang asyik bergaduh pada awalnya, akhirnya mereka berdua menjadi kawan.

"Kamu nie Boboiboy, tak kan nak asyik sama kelas dengan kawan-kawan kamu aje. Nanti kamu semua akan berpisah juga, tapi bila dah berpisah tue, jangan lupakan kawan-kawan kamu dekat sini. Kawan-kawan seperjuangan kamu, suka duka bersama. Biarlah jauh macam mana pun, ikatan kamu semua jangan sesekali putuskan. Ingat pesan atok"

"Baik atok" kata mereka berlima. Masing-masing sudah mendapat air mereka. "Oh yea, aku lupa nak bagitahu" kata Fang secara tiba-tiba

"Apa dia?" kata Boboiboy

"Aku dapat jadi ketua kelas 6 Jaya tapi aku tak yakin dapat menjadi ketua kelas yang terbaik. Dia orang bukannya nak dengar cakap aku" Gopal terkejut dan lalu memberi amaran dekat Fang. "Fang, kau kena hati-hati. Dia orang tengah jalankan operasi untuk jatuhkan kau"

"Wei Gopal, kau jangan nak bagi Fang benda yang bukan-bukan. Itu semua hanyalah cerita sahaja, bukan betul pun" kata Ying. "Dey! macam mana kalau cerita aku tue betul. Kau nak ke tengok kawan kita kena buli nanti"

Buli? siapa pula nak buli dia, fikir Fang sambil menikmati air minuman dia. Fang dalam seumur hidup dia, dia selalu kena buli dengan abang dia tapi tak pernah dengan orang lain. "Kalau aku kena buli pun, aku bagi ajelah dia orang harimau bayang aku, kan senang" Boboiboy setuju sahaja dengan kata-kata Fang. Boboiboy tahu Fang bukanlah orang yang senang kena buli kecuali abang dia, dia juga tahu Fang dapat mempertahankan diri dia daripada kena buli. Fang bukanlah seseorang yang lemah. "Jangan risau Fang, kalau dia orang buli kau, kita orang akan mempertahankan kau" kata Boboiboy. Tidak akan membenarkan sesiapa membuli mana-mana kawan baik dia atau diri dia. Gopal pula takut benda yang lebih teruk akan terjadi jikalau mereka semua mempertahankan Fang. Di dalam hati Gopal, berharap sangat jangan benda buruk terjadi dekat mereka semua

"Ha ah, kau report sahaja dekat aku. Aku kan ketua pengawas sekolah, boleh lah aku denda dia orang nanti" kata Yaya.

"Terima kasih korang" Fang hanya memberi senyuman kepada mereka semua. "Suka duka kita tetap akan bersama" Boboiboy percaya yang mereka tidak akan terpisah, dia juga percaya bahawa persahabatan mereka semua akan kekal selama-lamanya. Mereka sambung berborak seperti biasa, hanya Gopal seorang sahaja yang tidak bersemangat untuk berborak kerana dia risau. Dia risaukan tentang mereka semua, dia takut ketua kumpulan 6 Jaya akan buat apa-apa dekat mereka semua.


"Abang, adik nak tanya boleh?"

"Tanya apa?"

Fang duduk disebelah abang dia yang sedang menonton cerita di television. "Abang, berapa lama kita akan duduk di bumi?" Kaizo tidak rasa terkejut dengan soalan adiknya. Dia sebelum ini pernah berfikir, adakah dia akan duduk di sini selama-lamanya? "Kenapa kau tanya begitu?"

"Adik takut satu hari nanti abang bawa adik pergi, ikut abang dengan misi abang. Adik sebenarnya tak nak terpisah dengan kawan-kawan adik tapi adik tak nak terpisah dengan abang juga" Kaizo menutup television dan lalu dia pandang ke arah adiknya. "Sebenarnya abang lebih suka melihat adik duduk di sini, adik kelihatan lebih gembira daripada ikut abang dengan misi abang. Tapi abang berharap sangat, jikalau abang terpaksa pergi jauh, adik janganlah marah abang dengan misi abang. Ini semua untuk kebaikan galaxy kita. Harap adik faham, abang sayangkan adik"

"Jadi, maksud abang... adik dapat duduk di bumi buat selama-lamanya" Kaizo mengangguk sahaja. Kaizo suka melihat senyuman di muka adiknya "terima kasih abang" Fang memeluk abangnya dan dia membalas balik. "Pang jangan risau, sejauh mana abang akan pergi, abang akan pasti kembali ke sini. Abang tahu Pang akan selamat berada di sini"

Tiada apa yang dapat pisahkan mereka berdua. Tiada musuh baru lagi yang datang ke bumi untuk pisahkan mereka berdua. Lama kelamaan, Fang tertidur di dalam pelukan abang dia. Kaizo terpaksa mengangkat Fang naik ke atas bilik adiknya. Shadow, kucing kesayang Fang, ikut Kaizo naik ke atas. Dia juga turut masuk ke dalam bilik Fang. Kaizo meletakkan adiknya di atas katil dan lalu menyelimutkan adiknya. "Selamat malam Pang" Kaizo cium di dahi adiknya. Shadow pula, tidur di sebelah anak patung landak.

"Abang, nanti bila abang dah besar. Mesti abang nak pergi jauhkan"

"Kenapa adik tanya begitu?" kata Kaizo yang masih lagi kanak-kanak. "Sebab Pang tak nak terpisah dengan abang, nanti adik sunyi kalau abang takde dekat sini"

"Adik jangan risau, di mana sahaja kita berada, kita akan sentiasa bersama. Tiada apa yang dapat pisahkan kami" Fang gembira dengan kata-kata abang dia. Dia tersenyum besar dan lalu peluk abang dia. "Janji dengan adik, yang kita akan sentiasa bersama"

"Abang janji!" selepas itu bermain kejar mengejar sambil gelak ketawa. Ibu dan ayah mereka duduk di bangku taman sambil menikmati air teh hijau mereka. "ABANG! JANGANLAH BUAT ADIK!" Kaizo mengeletek adiknya sehingga adiknya tidak tahan dengan geletekan abangnya.

Ibu dan ayah mereka melihat sahaja kedua anak mereka yang begitu akrab sekali sampai tidak mahu terpisah. "Keiko, aku rasa kita tak dapat pisahkan mereka berdua"

"Betul tue Kai, tapi Kaizo tahun depan nak masuk sekolah asrama dah, macam mana nak pisahkan dia orang berdua"

"itu biar abang yang uruskan, Keiko. Biarkan mereka berdua bersama dulu sebelum terpisah" kata Kai. Mereka berdua sebenarnya tidak sanggup melihat Kaizo dan Fang terpisah, mereka pasti Fang akan menangis dan marah kepada mereka tapi Kaizo perlu masuk ke sekolah asrama tahun hadapan. Tetapi semuanya sudah terlambat, Kaizo tidak masuk ke sekolah asrama penuh, dia telah melarikan diri dengan adiknya kerana rumahnya, ibubapanya di serang oleh Ratu Lily

"Jangan risau Pang, kita tak kan terpisah"


Selamat kembali ke fanfic 'Aku Abang, Kau Adik' musim ke-2

cheh! ada bermusim-musim pula :P

Maaf kalau chapter 1 nie sedikit slow

Jangan risau, ini hanyalah permulaan perjalanan baru mereka semua. Banyak lagi tema-tema yang akan datang

Kita akan berjumpa lagi di next chapter!