Hai semua, maaf sebab update lewat :P
thank you sebab review!
Baca sendiri kalau nak tahu apa terjadi dekat Fang dan Kaizo
Maaf kalau ada salah silap dalam ff nie (malas nak check balik sebab otak dah pening +_+)
Selamat membaca dan ENJOY!
Abang dan Adik
Tok Aba dan Ochobot menunggu kepulangan Boboiboy. Hari sudah menjadi malam tetapi Boboiboy belum pulang lagi, tadi Tok Aba menerima satu panggilan daripada sekola dan menyatakan bahawa Boboiboy dan rakan-rakannya telah diserang oleh alien jahat. Selepas itu mereka tidak kembali ke kelas. Tok Aba menjadi risau jikalau alien itu menculik Boboiboy dan rakan-rakannya dan perangkapkan mereka di Pulau Terapung seperti hari itu.
"Ochobot, cuba kau hubungi Boboiboy lagi sekali. Atok dah semakin risau nie"
"Baik atok" Ochobot cuba menghubungi Boboiboy dan dia masih lagi tidak menjawab panggilan itu. Ochobot cuba pula menghubungi yang lain, akhirnya Gopal menjawab panggilan Ochobot. "GOPAL!"
"Dey, jangan menjerit boleh tak"
"Maaf Gopal, ada nampak Boboiboy tak? Tok Aba dah risau dekat sini"
"Eh, Boboiboy tak balik ke rumah? Kita orang baru sahaja sampai dari kapal angkasa Kapten Kaizo. Tadi dia bawa kita orang ke kapal angkasa dia sebab Yaya tak sedarkan diri tadi, jadi Lahap periksa dia kalau ada kecederaan yang serius tapi kita orang masalah lagi besar, Ochobot"
"Masalah apa Gopal" Gopal menghelakan nafas dan lalu bercerita tentang kejadian tadi dekat sekolah, tentang Fang dan alien jahat itu. Ochobot terkejut mendengar cerita daripada Gopal. Dia juga tidak percaya bahawa Kapten Kaizo sanggup buat begitu dekat adik dia sendiri. "Tapi itu sahaja cara untuk membunuh alien itu, kalau tak, alien jahat tue akan serang kita selama-lamanya"
"Aku tahu Gopal, tapi tak kan takde cara lain"
"Entahlah Ochobot. Aku pun tak tahu" kata Gopal. Dia juga tiada jalan lain, kalau mereka kehilangan Fang buat selama-lamanya, ini semua salah alien itu. Fang kawan mereka, kawan baik mereka, kawan seperjuangan mereka. Mereka tak nak kehilangan Fang.
Boboiboy sedang berjalan di suatu lorong yang sunyi. Dia mempunyai idea, idea yang pasti tiada siapa akan setuju dengan idea dia tetapi ini adalah idea dia untuk selamatkan Fang. Dia juga seperti yang lain, tak nak kehilangan Fang. Apa yang dia perlu lakukan, dia terpaksa korban jam kuasa dia untuk selamatkan Fang. Dia tahu idea ini adalah bukan idea yang bagus, tapi apa yang lebih penting sekarang, kehilangan kawan atau jam kuasa dia.
Fang adalah sebahagian penting dalam hidup Boboiboy. Jadi dia tak kan apa-apa berlaku terhadap Fang atau mana-mana kawan dia. Kalau dia terpaksa bagi jam kuasa untuk selamatkan Fang, dia sanggup.
"Baik kau keluar sekarang Alien jahat! Aku ada dekat sini! KELUARLAH KAU CEPAT!" Boboiboy menjerit sekuat hati agar alien itu muncul
"APA YANG KAU TUNGGU LAGI!" kata Boboiboy lagi. "AKU RELA BUAT APA SAHAJA DEMI KAWAN AKU!"
"apa sahaja?" akhirnya alien Nanasi itu muncul di belakang Boboiboy.
"Apa sahaja untuk selamatkan kawan aku" Boboiboy pusing kebelakang untuk menghadapi alien jahat itu. "Aku akan serahkan jam kuasa aku dan kau kena buangkan sebahagian daripada kau dari badan Fang"
"Wah! begitu mudah sekali. Baiklah, aku akan keluarkan sebahagian daripada dari kawan kau"
Boboiboy dengan hati yang berat, dia membuka jam kuasanya. "Jangan risau Fang, kau pasti selamat" Boboiboy melihat jam kuasanya, dia mula terfikir. Adakah ini jalan yang terbaik tapi kalau ikut rancangan Kapten Kaizo, dia tidak tahu berapa lama Fang akan koma. Boboiboy menahan air matanya dan lalu dia pelahan-lahan memberi jam kuasa dia.
"Hehehe... terlalu senang untuk dapatkan apa yang aku nak"
Boboiboy baru sahaja hendak meletak jam kuasanya di tapak tangan alien itu, dia telah di halang oleh Kapten Kaizo. Pedang tenaga dia menghalang dia. "APA YANG KAU SEDANG LAKUKAN!"
Alien itu melompat kebelakang begitu jauh sekali. "Ingatkan begitu mudah sekali tapi aku tersilap" Alien itu hilangkan diri dan tinggalkan Kapten Kaizo dan Boboiboy di lorong yang sunyi itu
Kaizo begitu marah sekali dengan tindakan Boboiboy tadi. "Kau ingat jam kuasa itu hanyalah mainan!" Kaizo mengacu pedang tenaganya ke arah Boboiboy "KAU INGAT ALIEN ITU AKAN PERGI DARI SINI SETELAH DIA DAPAT JAM KUASA KAU! Dia akan menyerang kau dan rakan-rakan yang lain selagi dia tidak dapat jam kuasa yang lain!"
"Tapi cara Kapten Kaizo juga salah! Fang adik Kapten Kaizo. Dia satu-satunya adik Kapten Kaizo"
"Aku tahu Boboiboy, aku tahu tapi menyerah jam kuasa kau juga boleh menyebabkan kemusnahan planet ini dan juga planet lain yang ada di galaxy ini. Kau sebagai pemilik jam kuasa patut tahu. Jam kuasa kita bukannya boleh pindah milik, kita perlu menjaga kuasa yang kita ada. Maaf Boboiboy, aku terpaksa ikut dengan rancangan aku. Aku pasti, Pang akan bangun juga.. tidak kira berapa lama pun, aku akan tunggu"
"Kapten Kaizo pasti dia akan bangun?"
Kapten Kaizo sendiri tidak pasti, dalam hati dia, dia takut sebenarnya. Takut kehilangan adik kesayangan dia. Sudah terlampau banyak memori dia dengan adik dia di bumi ini. Kapten Kaizo tidak menjawab soalan Boboiboy tadi, dia hanya berdiam diri.
"Aku akan hantar kau balik ke rumah. Aku pasti Tok Aba risaukan kau" Boboiboy tidak banyak cakap, dia ikut sahaja kata Kaizo. Sepanjang perjalanan mereka, tiada percakapan di antara mereka berdua. Boboiboy dan Kaizo hanya memikirkan apa akan terjadi pada hari esok. Kaizo sudah membuat keputusan bahawa esok dia akan meminta bantuan dari Adudu. Adudu mesti ada alat untuk menidurkan adiknya atau lebih jelas, untuk membuat adik dia sendiri koma.
Selepas itu, dia akan mencari alien jahat itu sendiri. Dia pasti alien itu akan sorok di Pulau Terapung.
Setelah sampai di rumah Boboiboy, Tok Aba memeluk cucunya. Tok Aba begitu risau sekali. "Terima kasih Kaizo"
"Sama-sama atok. Kaizo minta pulang dulu atok" kata Kaizo. Tok Aba melihat Kaizo berjalan sambil menyeluk tangan ke dalam poket seluarnya. Tok Aba tahu apa yang berlaku, dia terdengar perbualan antara Gopal dan Ochobot tadi.
"Atok?"
"Boboiboy, kau berdoa agar Fang dan Kaizo dapat bersatu semula"
Fang yang sedang duduk di katil sambil memerhatikan planet yang indah bernama bumi. Mata dia tidak alih pandangan ke tempat lain. Dia rindukan bumi, dia rindukan kesemuanya yang ada di bumi tapi abang dia menyuruh dia duduk di sini. Fang masih lagi teringat kata-kata alien tadi. Dia melihat kedua tapak tangannya dan lalu menggenggamnya. Dia tahu sebahagian daripada alien itu ada di dalam dirinya. Fang tidak tahu apa yang dia perlu lakukan.
"Pang"
Fang menoleh kebelakang. "Abang" Kaizo perg ke adiknya dan memeluk dia serat-eratnya. "Kenapa abang?"
"Pang, maafkan abang" Fang dapat rasa air mata abangnya jatuh ke atas bahu dia. "Abang tak tahu lagi macam mana hendak selamatkan adik"
"Apa maksud abang?" Kaizo melepaskan pelukan itu dan melihat wajah adik dia. "Maafkan abang adik. Abang terpaksa buat untuk kebaikan semuanya"
"Abang? cuba bagitahu adik, apa abang nak lakukan?" Kaizo tidak sampai hati untuk memberitahu adiknya. Kaizo hanya diam sahaja. Fang nampak air mata abangnya sedang mengalir lagi. Fang mengelap air mata itu. "Abang jangan menangis. Adik pasti akan selamat" Fang memberikan senyuman kepada abangnya dan lalu Kaizo membalas senyuman itu
Ini mungkin kali terakhir aku melihat senyuman adik aku, fikir Kaizo. Dia tidak sampai hati untuk memberitahu perkara yang sebenar, tapi Fang akan tahu juga. "Adik, abang nak bagitahu adik sesuatu"
"Kenapa abang? Abang ada rancangan nak keluar alien itu dalam badan adik?" Muka Fang berubah begitu gembira sekali, dia tahu abang dia pasti ada rancangan terbaik. Dia tahu abang dia akan selamatkan dia. "Adik, abang sayangkan adik tapi..."
"Tapi apa?" Kaizo berdiam diri, dia tidak tahu bagaimana hendak beritahu adiknya "Abang?"
"Adik, adik pergilah tidur dulu. Adik rehat dulu.. nanti abang ceritakan"
"Tapi abang"
"maaf adik, maafkan abang adik" Kaizo keluar dari bilik adiknya dan dia menangis di sebalik pintu. Fang pula tidak faham apa yang berlaku. Tiada siapa mahu memberitahu dia perkara yang sebenar. Mungkin Boboiboy akan beritahu dia. Dia terus menghubungi Boboiboy tapi Boboiboy tidak mengangkat panggilan dari dia. Begitu juga dengan rakan-rakan dia yang lain.
Fang keliru. Dia seperti budak kecil yang sesat di hutan tapi dia tidak mahu mengalah, dia terus menghubungi Boboiboy sampai Boboiboy menjawab panggilan dia
Boboiboy yang berada di bumi, menangis kerana dia tidak mahu mengangkat panggilan dari Fang. "Maafkan aku Fang"
2 jam kemudian, Kaizo masuk ke dalam bilik adiknya semula, dia membawa satu ubat. Ubat untuk tidurkan adik dia. Ubat tidur itu hanya bertahan untuk beberapa jam, jadi pagi esok dia kena cepat. Fang sudah nyenyak tidur, dan ubat ini akan menidurkan dia lagi. Dia tak kan sedar apa yang akan berlaku nanti.
Hati dia terlalu berat untuk melakukannya tapi terpaksa. Kaizo sudah beberapa kali menyatakan minta maaf kepada adiknya. Kaizo mengambil tangan adik dia yang begitu kecil, dia memandang wajah Fang dan lalu dia berikan suntikan ubat tersebut. Secara pelahan-lahan ubat itu masuk ke dalam Fang.
Esok dia akan mengangkat adik dia dan membawa dia terus ke markas kotak dan semuanya akan berakhir. Kaizo mengusap-usap kepala dia. Dia menangis di situ dan tidak mahu meninggalkan bilik adik dia. Kaizo memegang sahaja tangan adik dan dia tertidur di situ.
"Apa kau dah gila ke! Tak kan aku nak buat macam tue kat Fang. Walaupun aku nie alien jahat, tapi aku tak sanggup buat Fang sampai koma" kata Adudu kepada Gopal dan Ying. Kaizo duduk di luar kerana tidak sanggup melihat, manakala Boboiboy tiada di situ kerana dia tetap dengan pendirian dia. Yaya juga tiada di situ kerana mereka tidak membenarkan dia ikut sekali. Mereka juga tidak memberitahu perkara yang sebenar kepada Yaya, takut nanti Yaya akan bertambah emosi.
"Tapi Adudu, ini sahaja caranya untuk hapuskan alien jahat tue" kata Gopal
"Tak kan Kapten Kaizo sanggup buat macam tue dekat adik dia. Fang baru sahaja sedar dari koma dia, lepas tue koma balik. Isk, nasib tak baik betul si Fang nie" Kata Probe. Gopal dan Ying tak tahu nak cakap macam mana lagi dah. Mereka cuma boleh merayu dekat Adudu. "Apasal tak suruh Kapten Kaizo merayu dekat aku, apasal dia suruh korang pula"
"Wei, Kapten Kaizo tue, dia sendiri tak nak tengok, kau tahu tak. Ini pun kami terpaksa, kami juga tak sanggup nak tengok" Kata Ying.
"Yelah, yelah. Kalau apa-apa terjadi dekat Fang, jangan nak salahkan aku" Akhirnya Adudu akan menolong dia orang. Adudu memasang beberapa wayar ke atas diri Fang. Fang yang sedang baring di atas katil Adudu dalam keadaan tidur tidak sedar apa yang berlaku ke atas dirinya. Probe pula menolong Adudu memasang beberapa suis untuk aktifkan mesin itu.
"Korang dah bersedia?" kata Adudu kepada Gopal dan Ying
"Sebelum kau komakan dia. Bagi kami cakap dengan dia dulu" kata Ying
"Isk, dia mana dengar pun, macam mana nak cakap dengan dia" Adudu membaling secawan tin ke arah Probe dan lalu Probe terjatuh terbalik. "Adoi, Encik Bos nie"
"Biarkan lah dia orang nak buat apa pun, sibuk aje si Probe nie. Sudah! cakap denga dia cepat" Gopal dan Ying berdiri di sebelah katil Fang. Mereka melihat wajah Fang. Tiada lagi gelak ketawa daripada Fang lepas ini, tiada lagi kemarahan dari dia. Ying menangis, dia tidak tahu nak cakap apa. "Gopal, kau lah cakap dulu"
"Hmmm.. Fang. Jangan koma lama-lama tau, nanti aku rindu dengan harimau bayang kau" Gopal menahan air matanya dan lalu dia bersambung lagi "Kau jangan tinggalkan kita orang tau"
Gopal memaksa Ying pula memberikan kata-katanya kepada Fang. "Fang, tahun depan kau boleh dapat no.1 Kau kena bangun kalau kau nak dapat no.1, lagipun cikgu Papa Zola kan pindahkan kau masuk ke kelas pertama. Kau kena bangun tau Fang, nanti kita semua rindukan kau"
Nampak tinggal mereka berdua sahaja. Kaizo tak nak tengok, Boboiboy tak nak datang ke markas kotak dan Yaya pula tidak tahu tentang ini. "Gopal, rasa bersalah pula sebab kita berdua sahaja dekat sini. Rasa macam tak lengkap"
"Habis tue, tak kan nak paksa dia orang pula"
"Korang dah bersedia?" tanya Adudu. Gopal dan Ying mengangguk kepala, tanda bersedia. Adudu tidak sanggup untuk menekan butang untuk aktifkan mesin itu. "Tunggu!" Kaizo muncul dengan Boboiboy dan Ochobot
"Bagi aku bersendirian dengan adik aku kejap" Lalu mereka tinggalkan Kaizo dengan adiknya yang sedang baring tidur. Boboiboy melihat Kaizo dan tangan dia di tarik oleh Ochobot. "Boboiboy" Boboiboy melihat Ochobot dan mereka berdua tinggalkan Kaizo
"Adik, lepas Adudu aktifkan suis ini, adik akan koma. Untuk berapa lama, abang tak tahu. Abang terpaksa buat ini semua untuk hapuskan alien tue. Adik janji dengan abang yang adik akan bangun, adik janji dengan abang yang kita akan bersama lagi. Tapi kalau adik pergi juga, adik jangan lupakan abang dekat sini" Air mata Kaizo mengalir dan menitis ke atas tangan Fang. "Abang kena pergi, abang akan kembali. Abang akan jaga adik sampai adik sedar" Kaizo melutut di sebelah Kaizo dan lalu mencium dahi Fang. Kita akan bersama lagi adik ku tersayang, kata dihati Kaizo
Kaizo memanggil mereka semua. Kali ini giliran Boboiboy dan Ochobot pula. Boboiboy hanya mampu melihat wajah Fang, dia tidak mampu untuk keluarkan suara dia. "Boboiboy?"
"Maaf semua, aku tak boleh" kata Boboiboy "Aku tak boleh tengok Fang dalam keadaan macam ini. Kapten Kaizo, bangunkan lah Fang semula. Aku tak sanggup" merayu Boboiboy. Ochobot memeluk Boboiboy supaya dia tenang "Boboiboy, kau berikan kekuatan kepada Fang supaya dia bangun semula. Jangan mengalah Boboiboy"
"Encik bos?"
"Probe, kau sahaja lah tekan butang tue. Aku nak pergi menangis jauh-jauh" kata Adudu sambil mengelap air matanya. "Aduh encik bos nie. Tapi aku pun tak sanggup juga"
"Habis tue, siapa yang nak tekan suis tue"
"Takpe, biar aku sendiri yang buat" Kaizo menutup mata dia, dia tidak sanggup melihat dirinya menekan butang itu. Kaizo mengira sampai tiga dan lalu dia menekan butang tersebut. Mesin itu telah di aktifkan dan mesin itu terus membuat Fang menjadi koma. Di skrin kecil, menunjukkan dia masih lagi hidup cuma dalam keadaan tidak sedar. "Bos, nampaknya Fang telah menjadi koma" kata computer Adudu
"Korang jaga adik aku di sini. Tunggu di sini sampai aku kembali. Aku akan pergi hapuskan alien itu sendiri" Kaizo meninggalkan mereka dan markas kotak tersebut. "Lahap, ambik aku dan bawa aku ke Pulau Terapung"
"Baik Kapten"
"Lahap, kau tunggu disini. Tunggu sehingga aku kembali"
"Kapten, biarlah aku ikut Kapten sekali" kata Lahap
"Tak perlu, kau jaga sahaja kapal angkasa ini. Kalau ada apa-apa yang terjadi, hubungi jam kuasa aku"
"Baik Kapten" Lahap menurunkan Kaizo di Pulau Terapung. Setelah Kaizo sampai di Pulau Terapung, dia mencari di mana alien itu bersembunyi. Alien itu tidak akan lari, kerana alien itu juga dalam keadaan koma. Dia tidak boleh lari dan menyerang dia atau rakan-rakan adik dia. Kemana dia perlu mencari alien itu, Pulau Terapung ini besar, bukannya kecil tapi dia tidak mahu mengalah.
Mungkin alien itu sorokkan diri di dalam gua yang gelap. Lagipun alien itu suka sangat dengan kegelapan. Dia perlu periksa kesemua gua yang ada di Pulau Terapung.
Sementara Kaizo mencari alien itu, Boboiboy dan rakan-rakannya duduk disebelah Fang. Masing-masing mengikut arahan daripada Kaizo. Boboiboy memegang tangan Fang dan dapati tangan Fang begitu sejuk.
"Fang, jangan tinggalkan kita orang"
"Boboiboy? kenapa?" tanya Ying. Ying semakin risau. "Tangan Fang.. semakin sejuk, Ying" Gopal dan Ying terkejut. "Fang, Fang... Fang" mereka tidak berhenti-henti memanggil nama Fang. "Fang"
"Apa yang terjadi dekat Fang?" Muncul Yaya. "Yaya! Kau dah ok?" Ying gembira melihat kawan baiknya ada di sini. Ying memeluk Yaya dan dia membalas pelukan Ying.
"Aku ok sahaja Ying, tapi kenapa dengan Fang? Aku mencari korang tadi tapi sorang pun takde. Sampailah Tok Aba bagitahu aku yang korang ada dekat sini"
"Maaf. Kita orang tak nak risaukan kau lagi Yaya" kata Ying. Yaya melihat Fang yang penuh dengan wayar-wayar. Muka Fang sungguh pucat. "Kenapa dengan Fang?" tanya Yaya lagi. Tiada siapa yang mahu menjawab soalan Yaya. "Kenapa korang senyap?"
"Yaya, ini mungkin terlalu emosi kalau kau tahu sebenarnya" kata Boboiboy
"Kenapa pula? Jangan cakap yang Fang koma semula. Alien itu yang buat ke?" Mereka senyap kembali "JAWAPLAH CEPAT!
"Sudah! Kalau korang tak nak bagitahu, baik aku beredar dari sini"
"Yaya! jangan pergi" Ying sudah terlambat. Yaya pergi meninggalkan mereka. "Ying, biarkan aku pergi cakap dengan Yaya" kata Ochobot. Ochobot pergi mencari Yaya untuk memberitahu dia perkara yang sebenar tapi ia bukan semudah itu untuk memberitahu dia.
Kembali kepada Kaizo.
Kaizo sudah sampai ke satu gua. Dia masuk ke dalam mula mencari alien itu, dia tidak tahu samada alien itu berada di dalam gua ini atau di gua lain. Pencarian ini bukannya senang, terdapat banyak laluan yang ada di dalam gua ini. Kaizo boleh sesat di dalam, syukur sekali dia lampu yang membolehkan dia berjalan dengan mudah di dalam gua yang gelap ini.
"Dekat mana kau bersembunyi" kata Kaizo. Pelahan-lahan dia berjalan, dia memeriksa kesemua sudut yang kecil tapi dia masih lagi tidak berjaya. Kaizo berjalan lagi sehinggalah dia sampai ke jalan mati. Dia terpaksa berpatah balik dan mencari jalan keluar tapi ada satu lagi lorong dia belum lalui lagi. Dia berjalan dengan cepat dan akhirnya jumpa lorong itu. Dia masuk ke dalam lorong gua itu tetapi dia sampai ke jalan mati juga.
Nampaknya alien itu tiada di dalam gua ini. Kaizo terpaksa keluar dari gua tersebut dan mencari gua yang lain pula. Berapa lama dia akan berada di Pulau Terapung, dia sendiri tidak tahu. Mungkin dua hari mungkin tiga, mungkin dia dapat bunuh alien itu hari ini juga kalau nasib menyebelahi dia. Kaizo melibas beberapa akar pokok yang menghalang gerakan dia dan dia juga nampak akar-akar itu bergerak. Akar itu tidak ganggu dia jikalau Kaizo tidak menganggu akar tersebut. Jadi dia berjalan seperti biasa.
Setelah 1 jam dia mencari gua yang ke 2, akhirnya dia jumpa juga. Gua itu tidaklah begitu besar seperti gua yang pertama tadi tetapi di dalam tersebut agak sempit. Dia terpaksa merangkak masuk ke dalam gua tersebut. Setelah Kaizo sampai di bahagian dalam gua, baru dia boleh berdiri dan berjalan seperti biasa. Gua ini terdapat begitu banyak kristal dalam pelbagai warna. Ada juga sungai kecil yang sedang mengalir di dalam gua tersebut tetapi tiada benda hidup di dalam sungai itu. Kaizo melihat-lihat di sudut yang kecil. Dia mencari alien itu sampai dialah terjumpa laluan yang agak sempit juga.
Kaizo terpaksa merangkak sekali lagi. Agak dalam juga untuk sampai ke penghujungnya. Akhirnya dia jumpa satu ruang yang begitu luas. Di dalam itu terdapat satu kerusi besar yang terletak di tengah-tengah gua tersebut.
"Akhirnya, aku jumpa juga kau" Nasib menyebelahi Kaizo. Begitu cepat sekali dia jumpa alien jahat itu. "Kau akan terima padahnya" kata Kaizo. Dia mengeluarkan pedang tenaganya dan berjalan ke arah alien yang sedang tidak sedarkan diri. "INI SEMUA UNTUK ADIK AKU!" Kaizo mengangkat pedang tenaganya tetapi ada sesuatu mengikat pedan tenaganya. Dia melihat bala tentera alien itu menghalang dia membunuh alien itu.
"Nampaknya aku ada tetamu" Kaizo menarik pedang tenaganya begitu kuat sekali dan bala tentera yang rupanya seperti seekor kelawar. Mereka memjaga tuannya daripada ancaman musuh. Kelawar-kelawar itu terbang ke arah Kaizo untuk menyerang dia. Mereka mempunyai gigi yang tajam.
"TOLAKAN TENAGA!" kelawar-kelawar tersebut terpelanting dan lalu terkena dinding gua. Dia mesti cepat, dia tidak boleh membuang masa lagi. Kaizo melibas pedang tenaganya dan membunuh beberapa kelawar yang cuba menyerang dia. Kelawar-kelawar tersebut mempunyai kuasa, mereka boleh mengikat musuh-musuh tuan mereka. Tetapi Kaizo begitu pantas sekali dan dapat membunuh beberapa kelawar lagi
"Kau tak kan dapat aku" kata Kaizo kepada kelawar-kelawar tersebut. Dia berlari dan melompat dan mengacukan pedangnya terus ke alien jahat tersebut. Akhirnya pedang Kaizo menusuk ke dalam jantung alien itu dan menyebabkan letupan yang begitu kuat sekali.
"ABANGGGGGGG!" Fang terbaru dari komanya. Boboiboy, Gopal, Ying, Adudu dan Probe terkejut dengan jeritan Fang. Mereka nampak ada aura hitam yang mula keluar daripada badan Fang. "Fang! Kau dah bangun?" kata Boboiboy
"Abang.. ABANG!" Fang menjerit lagi
"Boboiboy, tenangkan dia!" Kata Gopal.
Apa yang terjadi dekat Kapten Kaizo sehingga menyebabkan Fang terjaga? jangan-jangan... tak, aku tak kan fikir begitu, fikir Boboiboy. "Mana abang aku? mana dia?" Fang seperti orang meracau. "Fang! bertenang Fang. Abang kau akan kembali nanti"
"Abang" Fang menutup mukanya dengan tapak tangannya dan lalu menangis "Fang" panggil Boboiboy. Fang menghiraukan sahaja panggilan Boboiboy. Markas kotak Adudu menjadi sepi, hanya kedengaran tangisan Fang sahaja.
Yaya yang berada di atas buai, berasa sungguh marah dengan kawan-kawan dia. Apa yang mereka cuba sembunyikan daripada dia. "Yaya" Ochobot terbang ke arah Yaya
"Yaya" panggil Ochobot lagi "Maaf kerana sembunyikan perkara yang sebenar. Fang sebenarnya dalam keadaan koma"
"Koma? lagi sekali?" Ochobot membuat muka sedih "Yea Yaya, sebab ada sebahagian alien itu hidup di dalam tubuh Fang. Jadi dia perlu di komakan dia supaya alien jahat itu koma sekali"
Yaya hanya diam sahaja.
"Yaya?"
"Ochobot, memang takde cara lain ke?"
"takde Yaya. Jangan risau Yaya, kita berdoa agar semuanya pasti akan selamat" Ochobot meletakkan tangan dia di bahu Yaya. "Jadi, berapa lama Fang akan begitu, kita tak kan tahu?"
"Tak Yaya. Yaya jangan berhenti berdoa, agar dia cepat bangun dan kembali kepada semua orang"
Tiba-tiba sahaja Ochobot memerima panggilan daripada Boboiboy. "Ochobot! cepat datang ke sini!"
"Kenapa?"
"Fang, dia dah sedarkan diri" Ochobot dan Yaya pandang sesama sendiri. "kita orang akan ke sana" Ochobot menutup skrin kecil tersebut. "Jom Yaya.. Yaya?" Ochobot nampak apa yang Yaya sedang melihat sekarang. Seseorang sedang berjalan menuju ke arah mereka.
Di markas kotak pula
Fang baringkan diri dan tidak bercakap dengan sesiapa pun. Dia hanya diamkan diri. Sesekali mereka terdengar Fang memanggil abang dia.
"Boboiboy, macam mana? abang dia ada jawab ke tak? tanya Gopal
"Tak, dia tak jawab. Aku takut terjadi apa-apa dekat Kapten Kaizo"
"Boboiboy, mari ke sini" Adudu memanggil Boboiboy dia. "Kau perlu tengok nie" Adudu tunjuk Boboiboy di skrin computer dia. Boboiboy tergamam kerana dia nampak Pulau Terapung musnah teruk sekali. "Apa yang terjadi?"
"Aku tak pasti tapi nampaknya, Fang dapat rasakan benda buruk berlaku ke atas abang dia" kata Adudu
"Jadi... jangan cakap Fang akan keseorangan selepas ini" Ying pula muncul di sebelah Boboiboy. "Itu aku tak pasti, mungkin ya atau mungkin tidak" kata Adudu. Mereka melihat Pulau Terapung itu, banyak pulau-pulau musnah begitu teruk sekali. Boboiboy tidak sanggup melihat Pulau Terapung itu lagi.
"Apa-apa pun yang terjadi, kita jangan biarkan Fang bersendirian" Ying menganggukkan kepala
"Abang" Boboiboy boleh dengar Fang memanggil abang dia. "ABANG?!"
"Pang!" itu suara Kaizo. Boboiboy dan Ying cepat ke arah Fang. Kapten Kaizo selamat? tapi bagaimana? Yaya dan Ochobot ada di sisi Kaizo. Kaizo kelihatan begitu teruk sekali, baju dia habis kotor dan koyak, ada beberapa kesan luka di tangan dan muka dia tapi tiada kecederaan serius yang berlaku. "Pang, kau dah bangun?" Kaizo terkejut melihat adiknya begitu cepat sekali bangun dari komanya. Kaizo terus memeluk adik dia dan dia sangat syukur. "Pang, kau selamat"
"Abang, adik terbangun sebab adik dapat rasakan abang dalam keadaan bahaya"
"Jangan risau, semuanya sudah berakhir" Kaizo melepaskan pelukannya dan berhenti-henti melihat wajah adik dia.
"Jadi, maknanya.. kita dah berjaya?" tanya Gopal
"Bukan kau yang berjaya... aku yang berjaya musnahkan alien itu" kata Kaizo. Gopal tersengih "hehehe.. maaf" Semua gelak ketawa bersama, semuanya sudah berakhir. Tiada lagi ancaman dari musuh mereka.
Dalam perjalanan pulang, Boboiboy dan Gopal temankan Fang pulang ke rumah sementara abang dia naik ke kapal angkasa untuk bincangkan sesuatu. Sebenarnya Boboiboy dan Gopal tahu kenapa Kaizo lari ke kapal angkasa, sebab rumah dia.
"Kau macam mana Fang, ok ke?"
"Aku ok Boboiboy. Jangan risaulah"
"Kau dan abang kau memang betul-betul rapat, sampai kau dalam koma pun boleh rasakan abang kau dalam keadaan bahaya" kata Boboiboy.
"Entahlah, mungkin betul juga kata kau. Aku hanya ada abang aku sahaja, Boboiboy. Mungkin sebab itu tapi aku bersyukur dia selamat" Fang tersenyum. Akhirnya semua akan kembali normal cuma satu sahaja yang tidak. Fang yang sudah sampai di hadapan halaman rumahnya, dia terkejut apa yang dia lihat
"Ke-ke-kenapa dengan rumah aku" Rumah Fang habis musnah teruk. Habis kesemua barang yang ada di dalam rumah tersebut, semuanya rosak teruk
"Fang.. kita orang balik dulu yea... lari!" Boboiboy dan Gopal lari dan menjerit sekuat hati kepada Fang. "ITU SEMUA KERJA ABANG KAU!"
"APA? ABANGGGGGGGGGGG!"
TAMAT
Yeah, dah tamat
Yeah! happy ending (kot)
bolehlah fokuskan diri dekat ff 'Aku Abang, Kau Adik"
YEAHHHHH!