Hai semua, author ada pengumuman penting di akhir cerita nanti

Kamu akan tahu kenapa chapter ini pendek :P

Terima kasih kerana memberi review! terima kasih semua!

Maaf kalau ada salah silap di dalam chapter kali ini

Selamat Membaca dan ENJOY!


Pengembaraan Baru

"Aik, apasal kau menangis pagi-pagi macam nie?"

"Kau tak tahu ke Ying, tadi aku pergi sekolah nak tengok kita semua masuk kelas mana. Aku sama kelas dengan Boboiboy, kau dan Yaya masuk kelas lain tapi kelas yang sama. Fang tak payah cakaplah, awal-awal lagi dia dapat masuk kelas pertama" Gopal sambung balik menangis di kaunter meja Kokotiam Tok Aba. "Ada-ada ajelah kau nie Gopal" kata Ying. Dia mengambil tempat duduk di sebelah Gopal dan lalu memesan Hot Chocolate Special.

"Ying, aku tak mahu terpisah dengan korang" Ying mahu sahaja mengetuk kepala Gopal dengan tangannya tetapi dia menahan tangannya daripada buat begitu. Ying memerhatikan sahaja Gopal yang masih lagi menangis. "wei, berapa lama kau nak menangis"

"Biarkan aku dengan kesedihan ku.. ADOI!" Gopal kena ketuk di kepala dengan guitar Fang. "Yang kau berdrama sangat pagi-pagi nie apasal"

"Eleh, cakap orang berdrama. Kau tue, asyik nak berdrama sahaja, dah berapa banyak drama kau buat. Drama tue lah, drama nie lah. Asyik-asyik drama kau, asyik-asyik drama kau"

"APA KAU CAKAP! PENGIKAT BAYANG! HARIMAU BAYANG!" Fang mengikat Gopal dengan pengikat bayangnya dan menyuruh harimau bayang serang Gopal "JANGAN! JANGAN SERANG AKU!"

"Sudah-sudah lah tue, pagi-pagi lagi, korang sudah buat kecoh. Macam mana pelanggan atok nak datang ke sini kalau korang asyik bergaduh sahaja" Setelah mendengar kata-kata Tok Aba, Fang turunkan Gopal dan lepaskan ikatan bayangnya dan hilangkan harimau bayangnya. Semua kembali kepada biasa, Gopal mengambil tempat duduk dia dan Ying pula, menikmati Hot Chocolate yang baru sahaja siap.

Fang menghiraukan sahaja mereka dan duduk di atas bangku kerusi kedai Tok Aba. Dia memetik guitarnya dan mainkan beberapa buah lagu. Keadaan kedai Tok Aba begitu meriah sekali dengan kehadiran muzik-muzik dari guitar Fang. Alunan muzik Fang begitu indah sekali, sehingga menarik beberapa pelanggan datang ke kedai Tok Aba. Ada yang meminta Fang nyanyikan sebuah lagu tapi malangnya Fang tidak tahu lagu tersebut. Sebagai penganti lagu itu, dia nyanyikan lagu lain. Pelanggan-pelanggan Tok Aba menjadi senyap seketika kerana ingin mendengar nyanyian Fang yang begitu merdu sekali. Mereka semua kagum dengan nyanyian Fang

Another summer day,
Has come and gone away,
In Paris and Rome,
But I want to go home,
Mmmmmm

Maybe surrounded by,
A million people I,
Still feel all alone,
I just want to go home,
Oh I miss you, you know,

And I've been keeping all the letters,
That I wrote to you,
Each one a line or two,
I'm fine, baby, how are you,
Well I would send them but,
I know that it's just not enough,
The words were cold and flat,
And you deserve more than that.

Another aeroplane,
Another sunny place,
I'm lucky, I know,
But I want to go home,
I've got to go home,

Let me go home
I'm just too far,
From where you are,
I've got to come home,
Let me go home,
I've had my run,
Baby, I'm done,
I want to come home

And I feel just like I'm living,
Someone else's life,
It's like I just stepped outside,
When everything was going right,

And I know just why you could not come along with me,
'Cause this was not your dream,
But you always believed in me,

Another winter day
Has come and gone away,
In either Paris or Rome,
And I want to go home,
I miss you, you know,

Let me go home,
I've had my run,
Baby, I'm done,
I want to go home,
Let me go home,
It'll all be alright,
I'll be home tonight,
I'm coming back home.

Fang terkejut apabila dia menerima tepukan gemuruh dari pelanggan-pelanggan Tok Aba, muka Fang menjadi merah kerana malu. Dia tidak sangka lagu-lagu yang dia mainkan tadi menarik pelanggan untuk datang ke situ. Tok Aba senyum sahaja dengan kehadiran pelanggan yang ada, kedai dia menjadi semakin sibuk sehinggakan meminta pertolongan dari Ying dan Gopal.

"Ramainya orang hari ini" muncul Boboiboy di tepi Fang. "Itu sebab nyanyian Fang yang buatkan ramai orang datang ke kedai Tok Aba" muncul pula Ochobot dengan pen dan buku nota. Ochobot sahaja nak menyibuk sekejap dengan mereka tetapi dia sudah dipanggil oleh pelanggan Tok Aba untuk memesan makanan. "Oh patutlah ramai orang. Kau nyanyilah lagi Fang"

"Tak naklah Boboiboy. Aku sebenarnya bawak guitar ke sini sebab saja-saja aje, tak tahu pula ramai yang datang ke sini" kata Fang sambil memetik-metik guitarnya. "Oh yeah, tadi aku pergi ke sekolah sekejap. Aku nampak aku sama kelas dengan Gopal. Yaya dan Ying tak sama kelas dengan aku nanti. Nampaknya darjah 6 nie, kita semua terpisahlah nanti"

"Ala, kelas lain-lain sahaja. Bukannya pergi jauh pun. Lagipun kita dapat jumpa balik masa rehat dan selepas sekolah nantikan" kata Fang. Dia meletakkan guitar dia di bawah tepi meja kaunter dan lalu memanggil kawan baik dia "Boboiboy, kau nak tak kita pergi ke KL balik?"

"Pergi KL? buat apa? bukan ke sekolah nak buka lagi 2 minggu"

"Ala, apa salahnya. Kita luangkanlah masa kita pergi berjalan-jalan dekat KL. Kita ajak sekali kawan-kawan kita semua. Macam mana? ok tak idea aku" Boboiboy berfikir sekejap. Lagipun, dia dapat berjumpa dengan ibubapa dia balik. Mesti kali ini lagi seronok daripada hari itu "Jadi, apa keputusan kau?"

"Aku setuju! tapi abang kau bagi ke?"

"PANG TAK BOLEH PERGI KE KUALA LUMPUR!" muncul Kaizo dengan kucing kesayangan adiknya, Shadow. "Kenapa kau mahu pergi ke KL? sini sudah tidak cukup lagi ke?" Fang hanya diamkan diri. Dia sudah agak, abang dia mesti tidak bagi dia pergi ke Kuala Lumpur tetapi dia tidak mudah mengalah. Fang bangun dan peluk-peluk manja dengan abangnya. "Bolehlah abang, lagipun sekolah nak buka dah tak lama lagi. Bagilah adik pergi berjalan-jalan dekat KL" Fang buat suara manja dia sekali. Kaizo mengangkat kening kanannya dan melihat adiknya yang sedang memeluk dia lagi

"Hmm... bagi abang fikir dahulu"

"Terima kasih abang. SAYANG ABANG!" Kaizo terus menjentik hidung Fang. "Kamu nie! depan orang ramai pun nak bermanja juga dengan abang" Fang hanya tersengih sahaja.


Pada malam itu, Fang masih lagi menunggu jawapan dari abangnya. Dia mundar-mandir di dalam biliknya, adakah abang dia bagi dia pergi atau tidak, fikir Fang. Kalau dia dapat pergi, dia dapat berjumpa balik dengan Lynna. Sebenarnya ada masih lagi banyak persoalan di dalam kepalanya. Terlampau banyak soalan yang dia ingin tanya kepada Lynna, antaranya, siapa sebenarnya Lynna? s

"PANG!" abang dia panggil. Fang dengan berasa sungguh berdebar-debar untuk mendengar keputusan dari abang dia, dia turun ke bawah secara pelahan-lahan. Kaizo yang sedang duduk di sofa sambil menonton TV, menunggu adiknya turun ke bawah. Fang melihat apa yang abang dia sedang menonton, rupanya cerita tentang seorang remaja bernama Merlin dan sahabat baik dia iaitu Raja Arthur. "Abang panggil adik?"

Kaizo menutup TV tersebut dan panggil adiknya duduk di sebelah dia. Fang duduk di sebelah abangnya dan tidak sabar untuk mendengar samada berita baik atau berita buruk. "Pang, kalau nak juga pergi ke KL, abang bagi tetapi abang perlu ikut kau sekali" Muka Fang berubah, hati dia berasa sungguh gembira. Dia tidak tahu samada dia mahu menjerit atau peluk abang dia, jadi dia terus menjerit kegembiraan dan terus peluk abang dia kerana membenarkan dia pergi. "Terima kasih abang!" secara spontannya, Fang cium-cium pipi abang dia.

"Kau nie kenapa? cium pipi abang pula" Kaizo mengelap tempat ciuman adiknya tadi "Ala, salah ke adik buat begitu. Kan abang kata dekat adik siang tadi, tak kan nak bermanja dengan abang depan orang ramai pula kan. Jadi adik bermanja dengan abang dekat rumah sahaja"

"SUDAH! PERGI MASUK TIDUR!" Fang tidak kisah kena marah dengan abang dia, dia dengan senang hati, berlari masuk ke dalam biliknya. Dia menghubungi Boboiboy dan memberitahu dia berita baik.

Akhirnya, dia dapat pergi ke Kuala Lumpur dengan orang-orang yang tersayang. Malam itu juga Fang bermimpi dia berada di dalam alam lain, bukan di Kuala Lumpur. Tetapi kenapa dunia itu nampak seperti benar. Cuma dia berada di zaman waktu seperti di cerita Merlin, biarkan sahajalah. Itu hanyalah mainan mimpi sahaja.

Fang tidak tahu, pengembaraan dia dan kawan-kawan dia (dan Kaizo juga) akan bermula sewaktu mereka berada di Kuala Lumpur nanti. Pengembaraan baru di mana mereka sendiri tidak percaya dengan dunia Lynna yang sebenarnya

Semuanya akan terjawab di dalam fanfic baru...


Kepada kesemua readers ff ini, author ingin mengucapkan terima kasih kerana selalu memberikan sokongan dan kata-kata semangat untuk author dan juga ff ini.. terima kasih banyak-banyak! author sangat terharu!

Ini adalah chapter terakhir 'Aku Abang, Kau adik', chapter 39 adalah kemuncaknya, chapter 40 hanyalah prelude untuk apa yang akan terjadi seterusnya

FF baru nanti akan ada :D dan jangan risau, author akan kembalikan balik ff tentang Kaizo dan Fang tapi di dalam ff yang baru,

maknanya author akan ada 2 ff baru nanti xD bila author akan publish, jangan tanya :P

Terima kasih kerana selalu memberi review, terima kasih kerana selalu menantikan update dari author

terima kasih kerana sudi membaca ff ini, tak kisahlah kamu loyal readers ke, silence readers ke, dark readers, apa-apa readers ke xD thank you yea!

Maaf kalau ada kekurangan dari author, maaf kalau ada kesilapan atau kata-kata tersinggung dari author

Maaf kalau bagi kamu ff ini tidak begitu menarik dan maaf juga kalau ada mana-mana OC author yang kamu kurang suka T_T

Sebenarnya author sedih nak tinggalkan ff ini tapi author dan rancangkan kesemuanya ^^

TERIMA KASIH SEMUA! I LOVE YOU ALL!

seterusnya adalah sesi menjawab soalan dari secret admire (author ada secret admire? o_0)

- umur author, biarlah rahsia :P dan semestinya author dah habis sekolah! dah habis belajar! hehehehe

- author ada laman sosial.. tapi bagi instagram boleh? carilah id lynz_kz (gambar lukisan muka orang profile picture) kalau tak jumpa tue, maaf yea

- author lebih suka genre friendship, family, adventure, fantasy, mystery but no romance (tak berapa mahir sangat dalam bab-bab romance, also not a big fan) so kalau tiba-tiba terjumpa ff romance dari author tue, author hanya ingin mencuba sahaja xD tapi nanti jadi tragic love story lah jawapnya :P sebelum ini author pernah buat tapi bukan dekat sini, semua main hero author pergi matikan xD HAHAAHAHAAHAHAHAA!

- Fang tetap no 1 di hati author! Kaizo pula no 2 :P (maaf yea Kaizo)

Sekian terima kasih, jumpa lagi di FF yang baru!

P/S - Lagu di atas adalah lagu Home by Westlife