Salam Kenal semua! Saya adalah author baru hanya mencuba menulis fanfiction Boboiboy. Maaf jikalau ada salah silap dari saya. Enjoy semua!
Chapter 1
"Donut lobak merah!" Dari jauh lagi pelajar pelajar di Pulau Rintis boleh mendengar jeritan dari Fang yang sedang berlari ke arah kantin sekolah. Tetapi tanpa pengetahuan beliau, donut lobak merah sudah habis dijual.
Fang dengan segera terus ke kanuter kantin sekolah dan melihat donut kegemarannya sudah habis. Muka yang penuh harapan terus berubah menjadi kecewa, pudah semua harapan Fang. "TIDAKKKKK!" Fang berasa sungguh sedih dan beliau terus beredar dari situ tanpa membeli makanan lain.
Boboiboy yang sedang berehat di kantin dengan Gopal hanya melihat gelagat Fang yang sedang kecewa itu. Apakah dayanya kerana donut terakhir telah di beli dan dimakan oleh Gopal. "Wei wei, mulut aku takde bau donut kan?" Gopal membuka mulutnya seluas luasnya agar Boboiboy dapat membau mulutnya itu.
"Adalah bau sedikit" Gopal dengan paniknya terus pergi membeli seberapa banyak nasi lemak yang dia mampu.
"Kau kenapa? Boleh ke kau habiskan semua nasi lemak nie?" tanya Boboiboy sambil melihat kawan baiknya itu melahap kesemua nasi lemak tersebut. Gopal tahu kalau Fang dapat tahu dia yang makan donut lobak merah yang terakhir, habis kena belasah dengan si Fang. Lagi-lagi kalau dia menggunakan harimau bayang dia tue, memang nayalah si Gopal nanti. Untuk mengelakkan daripada di ketahui oleh Fang, dia terpaksa makan seberapa banyak nasi lemak yang dia boleh makan.
"Kalau tak habis, aku bawaklah balik rumah, makan dekat rumah" kata Gopal sambil mengambil membuka nasi lemak yang seterusnya.
"Isk, kau nie. Kau beli banyak-banyak nie apa?"
"Dey, Kalau Fang tahu aku yang makan donut yang terakhir tue, tentu dia akan belasah aku nanti. Sebab itu aku beli banyak-banyak nie, nak hilangkan bau donut lobak merah tue"
"Yelah Gopal. Dah lah, aku nak pergi tengok si Fang. Entah dia ok ke tak tue" Boboiboy bangun dari bangkuk kantin dan terus meninggalkan Gopal dengan nasi lemaknya.
Fang yang sedang berjalan ke kelas 5 Jujur dengan perasaan sedih dan kecewa kerana sudah 2 hari dia tidak dapat menikmati donut kegemarannya. "Fang! Tunggu!" Fang menoleh kebelakang dan nampak Boboiboy sedang berlari ke arahnya.
"Apa kau nak Boboiboy" Kata Fang dengan nada yang sedih. Tidak pernah Boboiboy nampak sedih begitu sekali, lebih-lebih lagi hanya sebijik donut. Macam-macam ragam manusia ada dekat dunia. Boboiboy sabar jelah dengan kawan baik dia nie.
"Aku nak tengok kau lah. Kau janganlah sedih sangat Fang. Esok aku janji aku belikan donut untuk kau" Muka Fang terus berubah menjadi gembira sehingga tidak berkata apa. "Tapi kenapa dah 2 hari kau lewat pergi ke kantin?" Tanya Boboiboy.
Fang mula bercerita. "Semalam Cikgu Papa panggil aku ke bilik guru. Aku pun tak tahu kenapa, nak kata aku buat salah pun takde" kata Fang dengan senang hati kerana hati dia gembira sangat sebab Boboiboy akan membeli donut kegemarannya esok.
"Aik, kenapa cikgu papa panggil kau. Kau bukannya suka buat salah dekat sekolah kecuali suka cari gaduh dengan akulah" Boboiboy ketawa kecil sehinggal membuat Fang memandang tepat kepadanya. "hehe, maaf"
"Takdelah, cikgu suruh aku mengambil peperiksaan dekat bilik guru. Tadi pun sama gak. Masalahnya aku sorang sahaja yang kena ambik, orang lain takde pun kena macam aku"
Boboiboy berasa pelik, kenapa Fang perlu menduduki peperiksaan sorang-sorang, kenapa Fang sorang sahaja yang kena, orang lain tak kena. Sebelum sempat Boboiboy bertanya lagi, mereka sudah sampai ke kelas 5 Jujur. "Hai Boboiboy!" terkejut Boboiboy dengan teriakan dari Yaya dan Ying.
Yaya dan Ying tidak ke kantin sekolah untuk berehat kerana mereka berdua sibuk sangat menghabiskan kerja sekolah mereka. "Aik, mana Gopal?" Tanya Yaya.
"Aiya, dia mesti ada dekat kantin lagi tue tengah makan" kata Ying. Tekaan Ying memang tepat kerana pada masa ini, Gopal masih lagi tengah menghabiskan nasi lemaknya, tinggal lagi 6 bungkusan nasi lemak. Entah boleh habis ke tak tue.
"Ha ah, betul kata Ying. Si Gopal masih lagi tengah makan" Boboiboy ketawa kecil.
"Makan lagi si Gopal tue. Eh, korang dengar tak pasal kejadian aneh yang berlaku dekat bandar kita nie" kata Yaya dengan nada yang serius. Memang betul, ada sesuatu yang berlaku di Pulau Rintis, ramai yang kehilangan tenaga sampai pengsan tak pun koma untuk beberapa hari. Mereka semua tidak tahu apa punca sebenarnya. Mungkin serangan dari alien yang tidak dikenali mereka atau Adudu tengah merancang rancangan jahat dia.
"Yolah, ramai yang terkena dengan penyakit ganjil itu. Kita kena berhati-hati" Ying dengan loghat cinanya dan percakapan dia yang sangat laju tetapi semua faham apa yang dia cakapkan. Loceng sekolah berbunyi, tandanya waktu rehat sudah tamat.
Gopal masuk ke kelas dengan 2 beg plastik yang di penuhi dengan nasi lemak. Gopal dengan begitu kenyang sekali, terlalu letih untuk berjalan. "Gopal! banyak betul kau beli, membazir betul kau nie" Yaya baru sahaja hendak mengeluarkan pen dan buku denda dia, Gopal cepat-cepat cakap "Ala, kau nie Yaya. Yang lebih nie aku makan lah dekat rumah, tak membazirkan kan kan"
"Habis tue kau beli banyak-banyak nie kenapa?" Yaya sedang bersedia hendak menulis nama Gopal jikalau Gopal tidak memberi alasan yang kukuh.
"Aku beli banyak-banyak nie sebab aku nak hilangkan bau donut lobak merah. Nanti dia tahu lak aku yang makan donut terakhir dia tue" baru Gopal sedar, dia sudah bocorkan rahsianya sendiri.
"APA! Jadi kau lah orang yang terakhir membeli donut terakhir aku!"Aura hitam mulai keluar dan mengelilingi tubuh badan Fang. Yaya terus sahaja simpan pen dan buku dendanya kerana denda dari Fang pun cukup bagus.
"Sabar Fang, kan aku dah janji aku akan beli donut kau esok" Boboiboy cuba menenangkan Fang tetapi malangnya sudah terlambat kerana Fang sudah mengeluarkan harimau bayangnya dan menyuruh harimau bayang itu mengejar Gopal.
"TOLONG AKU BOBOIBOY!"
Boboiboy melihat sahaja sambil mengatakan "Terbaik"
aaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Waktu sesi persekolah sudah tamat, pelajar-pelajar Sekolah Rendah Pulau Rintis boleh pulang ke rumah masing-masing kecuali ada yang perlu ke aktiviti club-club sekolah. Kelihatan Gopal yang penuh dengan luka di muka akibat dari serangan Fang tadi. Fang cukup puas hati kerana dia dapat tahu siapa yang makan donut terakhir dia tetapi hati dia masih lagi sedih kerana tidak dapat makan donut lobak merah kesayangan dia tue. Boboiboy, Fang, Gopal, Yaya dan Ying melalui jalan ke kedai Kokotiam Tok Aba iaitu atuk kesayangan kepada Boboiboy. Selalunya setiap hari mereka akan terus ke sana untuk menyiapkan kerja sekolah atau ulang kaji mata pelajaran atau duduk untuk lepak-lepak sahaja.
Tetapi pada hari ini, semangat Fang sudah hilang untuk pergi ke kedai tok Aba. Dia ingin pulang sahaja ke rumah dan menyiapkan semua kerja sekolahnya di rumah sahaja. Mungkin dia dapat ketenangan di rumah, lagipun tiada siapa yang boleh kacau dia nanti. Fang lalu meminta dirinya pulang ke rumah.
"Betul ke kau tak nak ikut kita orang pergi ke kedai tok Aba. Boleh kita buat kerja sekolah sama-sama nanti" Boboiboy melihat sahaja riak wajah Fang. Fang boleh mengangguk sahaja, tandanya dia memang betul tak ikut mereka.
"Isk kau nie Fang, jangan hanya sebijik donut pun terus ko hilang semangat. Donut sahaja pun"
"Kau nak kena dengan harimau bayang aku lagi" Gopal terus menyorok belakang Boboiboy untuk melindungi dirinya kerana dia takut dengan kemarahan Fang.
"Eh sudah, jangan cari gaduh. Kau pulanglah dulu Fang, kita jumpa esok sahaja ok" kata Boboiboy sambil melambai lambai ke arah Fang tetapi Fang terus berjalan tanpa menghiraukan lambaian tersebut. Akhirnya Fang pulang ke rumah bersendirian, manakala yang lain terus ke kedai tok Aba.
Fang mengikuti jalan perjalanan ke rumahnya. Pemikirannya Fang penuh dengan tentang peperiksaan dari Cikgu Papa Zola dan juga tidak lupa Donut lobak merah. Peperiksaan yang cikgu bagi di sekolah amatlah susah tapi dia dapat menjawap dengan sempurna sekali, apa maksud nie semua, kenapa aku yang kena pula, Fang terfikir seketika. Kenapa Yaya dan Ying tiada pula terkena peperiksaan macam aku. "Cis, mesti ada udang di sebalik batu nie"
Tanpa disedarinya, Fang sudah sampai ke rumah terbiarnya. Di situlah rumah dia kerana dia tiada rumah lain. Abang dia bukan nak beli sebuah rumah yang elok-elok, lagipun abang dia sendiri tak pernah nak turun ke bumi dan melihat kehidupan dia di sini. Terpaksa lah dia tinggal di rumah terbiar yang dikatakan rumah hantu. Baguslah tue, tiada siapa yang boleh menggacau dia nanti.
Semasa Fang hendak membuka pintu rumahnya, dia ternampak sebuah kotak kecil yang terbiar di hadapan pintu rumahnya. Fang angkat dan mencari nama penghantar dan penerima kotak tersebut tapi malangnya tiada. Dia mengocang kotak itu, ternyata ada sesuatu yang kecil berada di dalam kotak tersebut. Fang rasa amat curiga sekali, adakah dia patut membuka kotak tersebut atau melontar kotak itu sejauh mungkin. Entah dalam kotak nie ada bom, fikir Fang. Siapa pula yang nak hantar bom dekat Fang.
Tetapi rasa yang ingin tahu apa yang ada di dalam kotak tersebut, dia terus memberanikan dirinya. Kalau benda-benda jahat yang keluar, Fang boleh sahaja melindungi dirinya dengan kuasa bayangnya. Fang dengan keberanian dirinya yang tinggi, lalu dia terus membuka kotak tersebut. Fang begitu terkejut sekali kerana di dalam isi kotak tersebut ada sebijik donut lobak merah. Tanpa rasa curiga, dia mengambil donut tersebut dan lalu memakan donut itu. Tiba-tiba muka Fang berubah, ada sesuatu yang telah meracuni dirinya. Tekak Fang seperti terkena api yang amat panas, kepala dia terasa amat pening sekali. Fang cuba memanggil tolong tetapi tiada satu patah perkataan pun keluar. Penglihatan Fang makin lama makin kabur dan terus semuanya menjadi gelap. Lalu Fang jatuh ke tanah dan terus pengsan.
Datanglah seorang perempuan dengan senyuman sinisnya, terus mendekati Fang. "Akhirnya, aku dapat kau"