Hello semua! maaf sebab update lambat sangat. mulanya ragu-ragu juga nak post ke tak chapter ketiga ni sebab dah sampai bulan ramadhan rasa canggung pulak nak update shounen-ai fic time2 puasa ni tapi takpe la kot sebab takde mature content buat masa ni (cheewah! xD) okay la to da fic =w=)~
"Eh Ochobot lambat lagi ke Boboiboy datang sini balik nanti?" tanya si anak gadis bertudung merah jambu pada si robot bebola kuning kurang sabar. Kedua tangannya menongkat dagu dan bibirnya memuncung ke bawah merasa bosan.
"Entah la Yaya. kejap lagi dia datang la." jawab Ochobot cuba menenangkan Yaya.
"Tak apa la Ochobot. Biar saya pergi cari dia. Boboiboy pergi ke arah mana Ochobot?" Yaya bangun dari tempat duduknya dan mengambil beg yang berisi beberapa bungkusan biskut istimewa dengan tujuan untuk diberikan kepada orang lain selain Boboiboy.
"Err.. rasanya dia ke arah sana kot~" jawab robot bebola kuning dengan jarinya menunjukkan arah secara rambang. Niatnya untuk mengalihkan perhatian Yaya ke tempat lain malangnya kebetulan memang itulah arah tempat Boboiboy dan Fang bersembunyi.
"Oh.. kalau gitu saya pergi dulu la ye Ochobot! Kalau Boboiboy dah datang sini cakap Yaya cari dia ada benda istimewa Yaya nak bagi kat dia tau!" ujar Yaya dengan ceria sambil melambai tangan tanda beredar dan mula menuju ke arah yang ditunjukkan Ochobot.
'kitorang tau la kau nak bagi biskut istimewa kau kat Boboiboy. Nasib baik la aku ni robot boleh elak makan biskut kau.' balas Ochobot dalam hati sambil mengeluh. Matanya hanya melihat Yaya yang semakin jauh mencari Boboiboy.
.
.
.
Yaya bersenandung riang melalui jalan-jalan di tepi taman. Entah kenapa pada masa itu Taman Pulau Rintis luar biasa sunyinya dan tiada siapa yang kelihatan berada di taman tersebut. Tak lama selepas itu tiba-tiba Yaya terdengar suara seseorang telah bersin dengan kuat. Yaya menghentikan langkah kakinya kerana suara orang yang bersin kedengaran sangat biasa didengari namun si pemakai gugel ini membuat keputusan untuk memastikan dengan mendekati sumber suara bersin tersebut. Dengan tidak disangka, Yaya melihat salah satu rumpun pokok semak yang besar sedang bergoyang-goyang. Matanya tajam meneliti diantara celahan semak.
dan dia berjaya menemui orang yang dicari-carinya.
bersama seorang lagi rakan si berambut ungu gelap merangkap bekas musuhnya si pemakai topi jingga dinosaur.
sedang seperti keduanya bertengkar tanpa sebutir perkataan pun.
Keduanya mendongak ke arah Yaya apabila menyedari seseorang menghampiri mereka.
"Boboiboy! Fang! apa yang korang buat duduk dalam semak tu?" tanya Yaya sambil mengerutkan dahi melihat gelagat aneh kedua rakannya. Lantas si penggemar warna jingga dan si penggemar kuat donut lobak merah berdiri bangun dari tempat persembunyiannya dan keluar dari rumpun semak yang besar itu.
"err.. kitorang tengah.. err" jawab Boboiboy ragu-ragu sambil menggaru pipi. Otaknya ligat cuba memikirkan alasan yang munasabah.
"Ah~! Kitorang tengah berbincang strategi macam mana nak kalahkan Boboibot." jawab Boboiboy secara tiba-tiba.
"Bincang strategi dalam semak?" soal Yaya lagi mengangkat kening sebelah dengan air muka yang jelas ragu-ragu dengan alasan yang diberikan Boboiboy.
"Ye lah mana tau kalau-kalau robot pengintip Adudu terdengar perbincangan kitorang. jadi kitorang bincang dalam semak supaya tak diketahui diorang." sambung Fang menyokong alasan yang diberikan Boboiboy dengan harapan Yaya akan mempercayainya.
"Ha ah! Betul tu Yaya!" angguk Boboiboy menyetujui sepenuhnya dan tersenyum mendengar kata-kata Fang. 'Uish! memang terbaik la kau Fang!' ucap Boboiboy dalam hati mengagumi Fang sambil imaginasi mengacung ibu jarinya. Peluh mengalir di dahinya kerana gugup berbohong. Sememangnya Boboiboy bukanlah jenis orang yang suka berbohong tapi untuk berdepan dengan seseorang seperti Yaya adalah satu pengecualian, namun bukan untuk selamanya.
"Hnm.. meragukan~ tapi tak apalah! sebenarnya Yaya ada sesuatu untuk awak Boboiboy! untuk Fang pun ada jugak!" ucap Yaya ceria sambil tangannya pantas menyeluk isi beg mengambil 2 bungkusan berupa biskut istimewa Yaya. Kedua anak muda lelaki itu semakin resah.
"Ni dia biskut istimewa Yaya! nah korang ambil la sorang satu! lepas tu cuba rasa sekali! ni special tau!" Yaya menghulur bungkusan biskut ke arah kedua rakannya dengan tersenyum manis membuatnya semakin sukar untuk menolak.
'macam mana ni Fang? cepat la buat sesuatu!' jeling Boboiboy gelisah ke arah Fang dengan wajah merayu. Fang menundukkan pandangan matanya seketika memikirkan sesuatu. dan akhirnya si pengguna kuasa bayang membuat keputusan menggunakan jalan terakhirnya. Tangannya di sembunyikan di belakang dan jarinya membuat isyarat menggunakan kuasa bayang membentuk tikus bayang dan..
UWAAAAH! SAKITNYAAA!
..menggigit kaki kanan Boboiboy secara sembunyi dan membuatkannya menjerit setengah mati segera terduduk mengusap sekuatnya di kawasan kakinya yang digigit tikus bayang Fang yang telah menghilang. Keduanya terkejut mendengar jeritan Boboiboy. Yaya terkejut kerana Boboiboy menjerit secara tiba-tiba manakala Fang pula tidak menyangka Boboiboy akan menjerit sekuat itu. Dalam hatinya bertubi-tubi meminta maaf pada Boboiboy.
"Eh kenapa ni Boboiboy?! awak tak apa-apa ke?" tanya Yaya tertunduk melihat Boboiboy dengan risau.
"Aku tak apa-apa. cuma tiba-tiba je rasa macam ada TIKUS BESAR yang gigit kaki aku tu yang buat aku menjerit kuat." jawab Boboiboy dengan menekankan perkataan tikus besar tanda dia mengetahui siapa empunya angkara. Boboiboy menjeling marah ke arah Fang manakala si berambut ungu gelap itu segera membuang muka ke arah lain menyembunyikan wajah bersalah.
Tiba-tiba Fang menghampiri Boboiboy mengangkat dan menggendong Boboiboy dengan cara 'Bridal style' membuatkan pipi Boboiboy terus kemerah-merahan dan membulatkan matanya kerana terkejut.
"Macam ni lah Yaya, biar aku hantar Boboiboy balik rumah dulu rawat kaki dia, kalau teruk sangat baru hantar ke klinik. Biskut tu awak letak dulu kat Kedai Tok Aba nanti awak boleh pesan Ochobot bagi kat kitorang" jelas Fang panjang lebar. Boboiboy pula terkaku. Jantungnya berdegup laju dan berdetak kuat serta semakin memerah muka menatap Fang kerana tak menyangka Fang akan bertindak seperti itu.
"Eh..tapi- " belum sempat Yaya menghabiskan kata-kata Fang sudah beredar pergi dari pandangan Yaya. Si pemakai tudung merah jambu hanya menggeleng kesal kerana gagal memberikan biskut istimewanya kepada Boboiboy."hurm~ tak dapat nak bagi Boboiboy biskut istimewa aku."
.
.
.
.
"Hei sudah la tu dah cukup jauh! berapa lama kau nak dukung aku hah?!" tengking Boboiboy pada Fang yang kelihatan mengelamun jauh dengan wajah tersipu-sipu. Fang yang tersedar dek ditengking Boboiboy terus melepaskan si pemakai topi jingga dinosaur dengan bersahaja. Maka dengan lumayan punggung Boboiboy terus mencium lantai tanah dengan kuat. Mujur saja berlapikkan rumput. Namun masih membuatkan sakitnya menyengat. Boboiboy mengaduh dan bangun menggosok punggungnya bagi mengurangkan kesakitan.
"Kau ni Fang memang saja nak sakitkan aku kan!?"
"Habis aku dah tolong kau macam ni tanda terima kasih kau kat aku?!"
"Memang la kau tolong tapi aku yang sakit kaki tau tak?!"
"Hei sekurang-kurangnya kau tak perlu makan biskut Yaya! ke kau sanggup nak makan biskut dia?!"
dan untuk kali ini Boboiboy terdiam dan kalah beradu mulut dengan Fang. Memang ada benarnya kata-kata si empat mata yang satu ni. Seingat Boboiboy, kali terakhir dia memakan biskut istimewa buatan Yaya dah berjaya membuatkannya berulang-alik keluar masuk ke tandas sampai 10 kali. Meremang bulu roma Boboiboy bila mengingatkannya. Sumpah kalau boleh memang Boboiboy tak nak masukkan biskut buatan Yaya ke dalam perutnya lagi, selagi Yaya masih menggunakan resepi 'unik' biskutnya.
"Betul jugak cakap kau. Terima kasih Fang sebab cover aku tadi." ujar Boboiboy menundukkan wajah.
"Tau takpe. tapi aku pun minta maaf jugak sebab terpaksa buat macam tu untuk yakinkan Yaya." Balas Fang sambil mengangkat tangan menggaru belakang kepala yang tidak gatal. Wajahnya sekali lagi merona merah. Boboiboy juga sama. "Takpe aku faham."
Keduanya memalingkan wajah ke arah lain. Suasana hening seketika ditambah angin bertiup lembut dengan dramatik. Akhirnya si pengguna kuasa bayang mengambil langkah untuk memecahkan suasana hening tersebut dengan memulakan bicara.
"Eh Boboiboy kaki kau sakit lagi ke?" tanya Fang dengan memandang semula ke arah Boboiboy. Matanya di balik kaca mata bertinta birunya memerhati kaki Boboiboy yang sakit.
"Um..kurang sikit la dah. tapi aku rasa aku susah sikit nak berjalan. Hei! tadi kau cakap nak hantar aku balik rumah kan?" Boboiboy menunduk dan mengusap lembut kakinya.
"Ha ah tapi kita naik helang bayang aku je lah hantar kau balik."
"Aku tau la tak hingin aku didukung kau lagi." balas Boboiboy tersenyum.
"Aku pun tak nak la dukung kau, kau tu berat macam anak gajah." usik Fang.
Lantas keduanya terburai ketawa gembira.
.
.
.
.
Pada malam itu di rumah satu-satunya pemilik kedai Kokotiam di Pulau Rintis selepas makan malam ketiga-tiga ahli penghuni duduk beristirehat sambil menonton siaran televisyen. Namun tidak bagi cucu Tok Aba yang sedang asyik mengelamun dengan tersipu-sipu sambil tersenyum sendiri.
"Oh ya Boboiboy petang tadi Yaya ada kirimkan biskut istimewa dia kat kau..hei Boboiboy kau dengar tak ni?!" ujar si robot bebola kuning sambil melambai-lambai tangan di hadapan muka Boboiboy namun masih tidak memberi reaksi.
"Tok Aba kenapa dengan Boboiboy ni saya cakap dengan dia dia tak layan langsung asyik diam senyum sendiri je~" tanya Ochobot kehairanan menoleh ke arah Tok Aba yang sedang membelek surat khabar.
"biarkan je lah dia Ochobot.. kalau nak tau tu lah muka orang dilamun cinta. mesti dia tengah teringat kat orang yang dia suka tu." jawab Tok Aba bersahaja dengan tersenyum. Lantas Boboiboy tersentap sedar dari lamunannya mendengar perkataan 'dilamun cinta'.
"Eh apa ni Tok Aba! Boboiboy sekolah rendah lagi la mana nak main 'cinta-cinta' ni!" nafi si pemakai topi jingga dinosaur tegar namun wajahnya yang semakin memerah gagal menyokong penafiannya.
"Ish siapa cakap? Atuk dulu masa umur macam kamu tu dah kahwin pun!" jawab Tok Aba dengan terselindung amat rapat nada sarkasmnya.
"Hah biar betul Tok Aba?!" balas Boboiboy terbangun dan terkejut seakan tak percaya dengan apa yang baru didengar.
"Iyelah tapi Atuk main kawin-kawin dengan kawan perempuan Atuk je lepas dah 15 tahun baru Atuk kawin betul-betul dengan nenek kamu." jawab Tok Aba selamba sambil ketawa terkekeh-kekeh. Boboiboy langsung jatuh tergolek ke belakang dengan komikalnya sejurus mendengar jawapan 'yang langsung tak kelakar' baginya.
"Lah macam tu pulak Tok Aba ni~ memang terbaik~" ucap Boboiboy sambil mengacung ibu jarinya.
Dan sedetik dari itu Boboiboy mula tersedar akan sesuatu.
'tadi Tok Aba cakap muka aku macam muka orang dilamun cinta..'
'sebab tengah teringat kat orang yang disuka..'
'tadi aku teringat kat Fang..'
'jadi tu maknanya aku suka kat Fang?'
'EH?'
'Aku..suka kat Fang?!'
'EEEH?!'
.
.
.
dan lantas kenyataan itu membuatkan Boboiboy membulatkan matanya dengan wajah seram dan manik-manik peluh mula timbul. Fikirannya semakin panik dan dia terus menjerit..
"TIDAAAAAAAAAAKKK!"
..ketakutan dengan kedua tangannya mencengkam kepala kecewa. Tok Aba dan Ochobot terus terkejut mendengar Boboiboy yang tiba-tiba jerit mendadak. Sang warga tua separuh abad langsung mengurut dada menenang diri.
"Apa kena dengan kamu Boboiboy tiba-tiba menjerit?!" soal Tok Aba mengerutkan dahi.
"Entahnya. buat orang terkejut je~!" sambung si robot bebola kuning. Boboiboy tersengih sejurus tersedar perbuatannya yang tidak sedap dilihat.
"err.. sori Tok Aba tadi Boboiboy jerit sebab teringat kat kerja sekolah yang hampir lupa nak buat." jawab si anak muda, dan ini adalah pembohongan kali kedua untuk hari ini!
"Lah~ ingatkan apa. ha~ cepat la pegi siapkan kerja sekolah tu."
"Baiklah Tok Aba, Ochobot. Boboiboy masuk bilik dulu. Selamat malam." ujar Boboiboy sambil naik tangga menuju bilik tidurnya. Wajahnya berpeluh, tangannya menggeletar dan hatinya bertambah gugup. Pada hakikatnya, Boboiboy langsung tak dapat melelapkan mata, mengenangkan kenyataan yang baru disedari malam itu.
Dirinya jatuh cinta pada Fang.
.
.
.
.
===Bersambung...===
dah makin susah nak buat Boboiboy dan Fang 'stay-in-character' bila sampai pada chapter ni sebab bab romance memang tak ada dalam siri animasi ni ( kecuali babak Papazola dan Mamazila yang terlebih romantik tapi tak berapa jadi *insert image Boboiboy and the gang nak muntah di sini* XD )